10 Kontraktor Berjaya Dalam Cabutan Undi Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

10 Kontraktor Berjaya Dalam Cabutan Undi Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan

PUNCAK ALAM, 29 SEPTEMBER 2022 – Kerajaan telah meluluskan RM130 juta peruntukan tambahan perbelanjaan pembangunan bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia. Sebanyak RM113 juta ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung Malaysia menerusi 180 kerja, manakala bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM17 Juta melalui 17 kerja.

Cabutan Kerja Undi telah diadakan di setiap negeri dan bagi pelaksanaan kerja undi di daerah Kuala Selangor, majlis telah diadakan di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Puncak Alam. Proses cabutan undi disempurnakan oleh YB Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama-sama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Sebanyak 10 syarikat kontraktor dari Gred 1 hingga Gred 4 telah berjaya dipilih dan perlu mengikut Jadual Perancangan yang telah ditetapkan dan mematuhi aspek keselamatan, jaminan kualiti kerja di tapak bina dan memastikan setiap skop kerja siap sepenuhnya pada tahun 2022. dalam acara tersebut.

Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam memperkasa penyenggaraan infrastruktur negara bagi memastikan kualiti Jalan Persekutuan diselenggara dengan baik, disamping memberi peluang ekonomi kepada kontraktor kecil dalam menghadapi cabaran ekonomi pasca pandemik.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11