Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress Kuala Lumpur | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 06 SEPTEMBER 2022 – Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang bakal diadakan bersama dengan 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress selama tiga (3) hari bermula 11 hingga 13 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Malaysian Road Conference (MRC) merupakan platform di peringkat kebangsaan dan rantau Asia Tenggara bagi tujuan pembentangan penyelidikan dan juga pertukaran idea mengenai teknologi dan inovasi terkini berkaitan jalan raya dengan mengetengahkan agenda berkaitan pembangunan, pembinaan, pengurusan dan penyenggaraan jalan raya, lebuh raya serta infrastruktur berkaitan dengannya. MRC merupakan acara dwi tahunan yang kini memasuki edisi kesebelas dengan edisi pertama telah diadakan pada tahun 1994.

Persidangan ini anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) dengan Kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta beberapa agensilain. Tema persidangan pada kali ini adalah “Towards Resilient Road Infrastructure” atau “Ke Arah Infrastruktur Jalan Raya Yang Berdaya Tahan”. Dianggarkan 1,000 peserta dari dalam dan luar negara bakal menghadiri persidangan ini bersama 111 ruang pameran mempromosikan berkaitan infrastruktur jalan raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7