Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 (Hari Ketiga) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Jelajah Ftroadpedia Zon Timur 3.0 (Hari Ketiga)

KINTA, PERAK, 13 OGOS 2022 – Hari ketiga FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan tinjauan di Jalan Simpang Pulai – Blue Valley di daerah Kinta, Perak iaitu laluan ke lokasi pelancongan, Cameron Highland, Pahang. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dibawa meninjau lokasi pembaikan cerun di Seksyen 44 di laluan berkenaan.

Pada Mac 2021 telah berlaku runtuhan cerun akibat hujan berterusan, namun sewaktu kerja pembaikan awalan sedang berlangsung, runtuhan kedua telah berlaku pada Disember 2021 juga disebabkan hujan lebat berterusan. Anggaran kedalaman runtuhan adalah 250 meter tinggi, 600 meter panjang.

Kerja pembaikan telah dimulakan pada 1 Julai 2022 dengan anggaran kos RM122 juta, melibatkan kaedah pembaikan tanah, pemasangan cerucuk, pemasangan tembok bertetulang dan rasuk serta kerja-kerja berkaitan. Kerja pembaikan ini dijangka siap pada Jun 2025.

Disamping kerja-kerja pembaikan, insiatif pemantauan juga giat dilaksanakan di lokasi risiko tinggi berlakunya cerun runtuh. Seterusnya jelajah melalui FT185 Sekyen 27.20, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Daerah Kinta, Perak meninjau kerja pembaikan cerun. Kerja-kerja pembaikan cerun telah bermula pada Januari 2022 dan dijangka siap pada November 2022. Status kemajuan terkini adalah 41% dengan jumlah kos sebayak RM8.650 juta. Kaedah pembaikan melibatkan kerja tanah, penanaman rumput Hydroseeding dan lain-lain.

Tinjauan terakhir FTRoadpedia Zon Timur 3.0 adalah di tapak Pembinaan Jambatan Pos Slim, Daerah Kinta Perak. Projek ini merupakan inisiatif Jabatan Orang Asli (JAKOA) dalam usaha menambah baik rangkaian infrastruktur jambatan luar bandar bagi meningkatkan keselamatan penduduk. Projek ini telah bermula pada September 2021 dengan status kemajuan terkini sebanyak 27%. Anggaran kos projek ini adalah RM2.653 juta. Projek ini dijangka siap pada Mac 2023.

Skop pembinaan melibatkan kerja meroboh jambatan sedia ada, membina jambatan baru jenis Semi Integral dengan ukuran 30 meter panjang dan 7 meter lebar, serta melibatkan turapan jalan jenis asphaltic concrete. Dengan tinjauan infra di Negeri Perak ini maka berakhirlah siri Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 yang telah berlangsung selama tiga hari melibatkan juga Negeri Pahang dan Kelantan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11