Langkau ke kandungan utama

Statistik Aduan MYJalan

Statistik Aduan

Aduan MyJalan Setakat 10 Mei 2024

RUMUSAN ADUAN APLIKASI MYJALAN KKR DARI 1 OGOS 2023 – 10 MEI 2024

Sejak pelancarannya, Aplikasi MYJalan KKR, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima sebanyak 14,797 aduan berkaitan kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, kemudahan awam dan sebagainya.

Daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, 4,049 aduan (27.36%)  membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR. Selebihnya iaitu 72.64 peratus atau 10,748 aduan adalah melibatkan Jalan Bandaran (PBT), Jalan Kampung (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)), Jalan Pertanian (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan lain-lain di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan.

Sebanyak 3,287 (81.18%) aduan telah diselesaikan oleh agensi KKR di mana 3,118 atau 94.86% diselesaikan dalam tempoh satu hingga 30 hari. Manakala 762 aduan adalah sedang dalam proses tindakan.

Aduan Mengikut Kategori 10 Mei 2024