Dari 1 Ogos 2023 sehingga 30 September 2026, jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak72,071 aduan. Pecahan seperti berikut:
- 22,854 membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR; dan
- 49,217 adalah milik PBT, KKDW, PTG, JPS dan lain-lain di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan.
Dari 22,854 aduan yang diterima milik KKR, 22,140 aduan (96.88%) telah diselesaikan oleh agensi KKR manakala baki 714 aduan (3.12%) sedang dalam proses siasatan.



September 2026
Sebanyak 1,839 aduan diterima sehingga 30 September 2026 dan daripada jumlah tersebut
- 723 merupakan aduan di bawah seliaan KKR
- 1,116 aduan luar bidang kuasa (No Wrong Door Policy)
Jumlah aduan bulan September sehingga 30 September 2026 telah mencapai 96.89% daripada jumlah aduan bulan sebelumnya, yang merekodkan 1,898 aduan.
