Skip to main content

Frequent Asked Questions (FAQ) MYJalan

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) MYJALAN PROGRAM

Program MYJalan merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kerja Raya yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam menyuburkan kesedaran tentang akauntabiliti pengguna jalan raya bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Pelancaran program MYJalan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos 2023 (Khamis) di Jeti Awam Pulau Banding, Gerik, Perak.

  1. Menyemai – Menyemai pemikiran akauntabiliti antara pengguna jalan raya melalui semangat “Jalan kita, tanggungjawab Kita.”
  2. Mendidik – Mendidik pengguna jalan raya melalui program advokasi tentang kategori jalan sedia ada, penyelenggaran dan keselamatannya.
  3. Meningkatkan – Sistem pemantauan penyelenggaran bagi mengurangkan jalan berlubang dan rosak.

Program MYJalan mempromosikan konsep akauntabiliti; jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Pemegang taruh bagi Program MYJalan ialah seluruh rakyat Malaysia.

Terdapat 3 fasa bagi strategi Program MYJalan

a. Jangka Pendek (6 bulan)

• Mengaktifkan penggunaan aplikasi MYJalan sebagai saluran aduan setempat “One Stop Centre” bagi semua aduan berhubung jalan raya.

• Program advokasi dan didik pengguna tentang sistem jalan raya yang melibatkan keselamatan dan aset jalan raya serta penyenggaraan sedia ada bagi meningkatkan akauntabiliti pengguna bahawa jalan raya adalah tanggungjawab semua.

• Program advokasi dan didik pengguna yang bersifat inklusif melibatkan rakan-rakan strategik merentasi kementerian dan agensi seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) dan agensi-agensi berkaitan.

b. Jangka Sederhana (12 Bulan)

• Pemantauan tindakan penyenggaraan bersepadu bersama pihak konsesi dan pihak berkuasa tempatan.

• Mewujudkan Duta Jalan (Ambasador) di setiap peringkat institusi pendidikan (Sekolah Menengah & Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta).

• Sesi libat urus 'connecting the dots' dengan kementerian/agensi, pemegang taruh/ NGO, pemain industri yang relevan

• Penambaikan sistem pemantauan projek penyelenggaraan jalan

• Pemerkasaan aplikasi aduan MyJalan sebagai “One Stop Centre”

c. Jangka Panjang (3Tahun)

• Mengadakan persidangan kebangsaan/antarabangsa dalam kalangan pakar dan belia.

• Penambahbaikan aspek perundangan berhubung projek kerja penyelenggaraan jalan

• Deklarasi Hari Jalan Kebangsaan

• Sesi townhall bersama JD dan Konsesi

• Promosi Success Story HNDP dan MyJalan di World Road Congress, Prague

Aplikasi MYJalan merupakan aplikasi yang mengalu-alukan penyaluran semua aduan berkaitan jalan raya seperti jalan rosak, jalan berlubang, atau isu terkait dengan perabot jalan raya. Walaupun bidang kuasa kerajaan tertakluk kepada jalan persekutuan, Aplikasi MYJalan ini mengamalkan konsep “No Wrong Door Policy” yang akan memudahkan pengguna untuk membuat aduan terutama sekali ketika kecemasan. Aplikasi MYJalan ini membuka ruang dan peluang kepada pengguna dalam melakukan aduan tanpa kekeliruan tentang saluran yang spesifik bagi aduan berkaitan jalan raya.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi MYJalan dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau memuat turun dari aplikasi Apple Appstore atau Google Playstore

Qr code