Page 148 - index
P. 148
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
ii. Seorang wakil kementerian/ jabatan/ agensi yang terdiri daripada
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan
Pelaksana atau yang setaraf yang tidak terlibat dalam pengurusan aset
berkenaan; dan
iii. Seorang pegawai dari setiap kementerian/ jabatan/ agensi lain seperti
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian dan Jabatan Warisan Negara, jika melibatkan tanah
dan struktur binaan.
2.3.2 Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan
2.3.2.1 Menilai mengesah, menyedia dan mengemukakan Laporan Verifikasi dan
Perakuan Pelupusan Aset kepada Unit Pengurusan Fasiliti;
2.3.2.2 Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan
dari tarikh diarahkan oleh Unit Pengurusan Fasiliti;
2.3.2.3 Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia berkenaan pelupusan aset
telah dikeluarkan; dan
2.3.2.4 Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.
3 PINDAAN SKOP KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN
3.1 Sebarang pindaan skop kerja asal penyelenggaraan bangunan di bawah OS28000 dan
OS32000 adalah di bawah Kuasa Melulus Ketua Jabatan masing-masing mengikut syarat
dan had-had yang telah ditetapkan dengan mengisi borang Permohonan Kelulusan
Pegawai Pengawal Bagi Pembelian Di Bawah OS32000 Kementerian Kerja Raya,
LAMPIRAN XVIII.
4 PEMANTAUAN DAN PELAPORAN
4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) hendaklah
bermesyuarat setiap tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu suku tahun
seperti Jadual di bawah berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling
Perbendaharaan AM 1.1, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan:
SUKU TAHUN TARIKH MESYUARAT
Pertama April-Mei
Kedua Julai-Ogos
Ketiga Oktober-November
Keempat Januari-Februari
147

