Page 144 - index
P. 144

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                      menyekat  penularan wabak  dan  seumpamanya.  Contoh  keadaan  darurat  ialah  seperti
                      berikut:
                       i.  Bencana,  alam, banjir yang luar biasa, jerebu yang luar biasa, gempa bumi, tanah
                           runtuh, ribut/ taufan  dan situasi  lain yang seumpamanya  yang  memerlukan   kerja-
                           kerja pemulihan,  pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan;
                      ii.  Wabak  penyakit/  penyakit  berjangkit  yang  luar  biasa  atau  wabak  baharu  yang
                           memerlukan pembekalan ubat dan perkhidmatan segera bagi  tujuan  pembendungan
                           dan kuarantin;
                      iii.  Kebakaran  yang  mengakibatkan  ancaman  nyawa  atau  kerosakan  teruk  yang
                           menjejaskan perkhidmatan Kerajaan;
                      iv.  Sistem   bangunan   yang   strategik,   sistem   komputer   dan   seumpamanya   yang
                           mengancam    keselamatan    atau    mengganggu    pengoperasian  sedia  ada  dan
                           memerlukan kerja-kerja pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan atau pencegahan;
                           dan
                      v.  Ancaman  keselamatan nyawa dan harta benda dari dalam atau luar negara.

               6.3  Pegawai  Pelaksana  adalah  pegawai  yang  dinamakan  berdasarkan  had  nilai   kontrak
                     seperti di  Lampiran    B1    di  dalam  Panduan    Mengenai  Bidang  Kuasa  Menteri  &
                     Pegawai Pengawal  Kementerian   Kerja  Raya.

               6.4  Pegawai  Pelaksana  bertanggungjawab  melaksanakan  perbelanjaan/  perolehan  darurat.
                     Tanggungjawab  Pegawai  Pelaksana adalah seperti  berikut:
                     i.Mendapat     pengesahan     peruntukan    dalam     menentukan     Perolehan     Darurat
                      dilaksanakan  secara  AP169A  ataupun  AP55  daripada  pihak  berikut  mengikut  situasi
                      darurat:
                     ii.Membuat   permohonan   darurat   kepada   Pegawai   Pengawal   melalui   Setiausaha
                      Bahagian (SUB),  Bahagian Kewangan dengan menggunakan  kaedah komunikasi paling
                      pantas;
                    iii.Mengeluarkan Surat Arahan Memulakan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja setelah mendapat
                      kelulusan Pegawai Pengawal;
                    iv.Membuat permohonan rasmi  pelaksanaan  kerja darurat dengan  menggunakan  borang
                      Lampiran    D  seperti  dalam  Pekeliling  Perbendaharaan  PB  3.3:  Garis  Panduan
                      Perbelanjaan  Darurat  (AP55)  dan  Perolehan  Darurat  (AP169A)  melalui  Bahagian
                      Kewangan yang akan mengangkat kelulusan kepada Pegawai  Pengawal;
                     v.Menyelia dan memantau bekalan/ perkhidmatan/ kerja darurat; dan
                    vi.Memperaku penyiapan bekalan/ perkhidmatan/ kerja  darurat.

               6.5    Skop pembekalan,  perkhidmatan  dan kerja  perbelanjaan/  perolehan  darurat  hendaklah
                      setakat  untuk  menampung  keperluan/  keadaan  darurat  yang  berkenaan  sahaja.
                      Kementerian/ Jabatan/ Agensi tidak dibenarkan sama sekali membuat pembelian bekalan
                      untuk simpanan stok.

               6.6      Carta aliran perbelanjaan darurat di bawah AP55 dan perolehan darurat di bawah AP169A
                      adalah seperti di LAMPIRAN XVII.





                                                                                                          143
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149