Page 140 - index
P. 140
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
(c) Aduan Mengenai Syarikat
Agensi hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi mengenai prestasi syarikat
KP yang kurang memuaskan seperti kelewatan penghantaran dan isu kualiti item
KP ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dalam kadar segera
atau selewat-lewatnya empat belas (14(hari dari tarikh berlakunya perkara yang
diadukan.
(d) Penggunaan KP
Semua Agensi hendaklah menggunakan KP sepenuhnya dan tidak dibenarkan
mendapatkan bekalan/perkhidmatan item KP daripada punca lain. Mana-mana
pengecualian hendaklah dipohon melalui Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan dan
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Bahagian Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut yang mana
berkenaan sebelum melaksanakan perolehan berkenaan.
2.15 Pengurusan ePerolehan
a) Sistem perolehan Kerajaan secara elektronik (eP) membolehkan Kementerian/
Jabatan membuat perolehan bekalan/ perkhidmatan secara online sepenuhnya
dengan pembekal.
b) Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah memastikan perolehan bekalan
danperkhidmatan bukan perunding dilaksanakan sepenuhnya (100%) melalui
Sistem eP.
c) Pasukan Petugas Kementerian dan Pasukan Pelaksana Jabatan hendaklah
ditubuhkan di peringkat Kementerian dan Ibu Pejabat Jabatan.
d) Pasukan Petugas Kementerian dipengerusikan oleh Pegawai Pengawal/
Pegawai yang dilantik.
e) Mesyuarat Pasukan Petugas Kementerian dilaksanakan sekurang-kurangnya
dua (2) kali setahun.
f) Penggunaan dan pelaksanaan Sistem eP di peringkat Kementerian dilaporkan
ke Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan.
g) Pasukan Pelaksana Jabatan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan/ Pegawai
yang dilantik.
h) Mesyuarat Pasukan Pelaksana Jabatan dilaksanakan dua (2) kali setahun dan
melaporkan kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Kementerian.
i) Dokumen elektronik seperti Pesanan Kerajaan, Nota Penghantaran, Invois,
Nota Penerimaan Barangan dan Nota Pelarasan Kredit (jika perlu) disediakan
dan disokong dengan dokumen sokongan yang tepat dan lengkap apabila
melaksanakan pembayaran.
139

