Dari 1 Ogos 2023 sehingga 30 Jun 2026, jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 66,089 aduan. Pecahan seperti berikut:
i) 20,610 membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR.
ii) 45,479 adalah milik PBT, KKDW, PTG, JPS dll. di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan.
Dari 20,610 aduan yang diterima milik KKR, 20 040 aduan (97.23%) telah diselesaikan oleh agensi KKR manakala baki 570 aduan (2.77%) sedang dalam proses tindakan.



JUN 2026
Sebanyak 2,510 aduan diterima sehingga 30 Jun 2026 dan daripada jumlah tersebut:
i) 935 merupakan aduan di bawah seliaan KKR
ii) 1,575 aduan luar bidang kuasa (No Wrong Door Policy)
Jumlah aduan bulan Jun sehingga 30 Jun 2026 telah mencapai 95.33% daripada jumlah aduan bulan sebelumnya, yang merekodkan 2,633 aduan.
