Dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2026, jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 70,232 aduan. Pecahan seperti berikut:
- 22,131 membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR; dan
- 48,101 adalah milik PBT, KKDW, PTG, JPS dan lain-lain di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan.
Dari 22,131 aduan yang diterima milik KKR, 21,444 aduan (96.90%) telah diselesaikan oleh agensi KKR manakala baki 687 aduan (3.10%) sedang dalam proses siasatan.


Ogos 2026
Sebanyak 1,898 aduan diterima sehingga 31 Ogos 2026 dan daripada jumlah tersebut
- 683 aduan merupakan aduan di bawah seliaan KKR
- 1,215 aduan luar bidang kuasa (No Wrong Door Policy)
Jumlah aduan bulan Ogos sehingga 31 Ogos 2026 telah mencapai 84.54% daripada jumlah aduan bulan sebelumnya, yang merekodkan 2,245 aduan.
