SOALAN LAZIM (FAQ) MYJALAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SOALAN LAZIM (FAQ) MYJALAN

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM MYJALAN

Program MYJalan merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kerja Raya yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam menyuburkan kesedaran tentang akauntabiliti pengguna jalan raya bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Pelancaran program MYJalan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos 2023 (Khamis) di Jeti Awam Pulau Banding, Gerik, Perak.

  1. Menyemai – Menyemai pemikiran akauntabiliti antara pengguna jalan raya melalui semangat “Jalan Kita, Tanggungjawab Kita.”
  2. Mendidik – Mendidik pengguna jalan raya melalui program advokasi tentang kategori jalan sedia ada, penyelenggaran dan keselamatannya.
  3. Meningkatkan – Sistem pemantauan penyelenggaran bagi mengurangkan jalan berlubang dan rosak.

Program MYJalan mempromosikan konsep akauntabiliti; jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Pemegang taruh bagi Program MYJalan ialah seluruh rakyat Malaysia.

Terdapat 3 fasa bagi strategi Program MYJalan

a. Jangka Pendek (6 bulan)

• Mengaktifkan penggunaan aplikasi MYJalan sebagai saluran aduan setempat “One Stop Centre” bagi semua aduan berhubung jalan raya.

• Program advokasi dan didik pengguna tentang sistem jalan raya yang melibatkan keselamatan dan aset jalan raya serta penyenggaraan sedia ada bagi meningkatkan akauntabiliti pengguna bahawa jalan raya adalah tanggungjawab semua.

• Program advokasi dan didik pengguna yang bersifat inklusif melibatkan rakan-rakan strategik merentasi kementerian dan agensi seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) dan agensi-agensi berkaitan.

b. Jangka Sederhana (12 Bulan)

• Pemantauan tindakan penyenggaraan bersepadu bersama pihak konsesi dan pihak berkuasa tempatan.

• Mewujudkan Duta Jalan (Ambasador) di setiap peringkat institusi pendidikan (Sekolah Menengah & Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta).

• Sesi libat urus 'connecting the dots' dengan kementerian/agensi, pemegang taruh/ NGO, pemain industri yang relevan

• Penambaikan sistem pemantauan projek penyelenggaraan jalan

• Pemerkasaan aplikasi aduan MyJalan sebagai “One Stop Centre”

c. Jangka Panjang (3Tahun)

• Mengadakan persidangan kebangsaan/antarabangsa dalam kalangan pakar dan belia.

• Penambahbaikan aspek perundangan berhubung projek kerja penyelenggaraan jalan

• Deklarasi Hari Jalan Kebangsaan

• Sesi townhall bersama JD dan Konsesi

• Promosi Success Story HNDP dan MyJalan di World Road Congress, Prague

Aplikasi MYJalan merupakan aplikasi yang mengalu-alukan penyaluran semua aduan berkaitan jalan raya seperti jalan rosak, jalan berlubang, atau isu terkait dengan perabot jalan raya. Walaupun bidang kuasa kerajaan tertakluk kepada jalan persekutuan, Aplikasi MYJalan ini mengamalkan konsep “No Wrong Door Policy” yang akan memudahkan pengguna untuk membuat aduan terutama sekali ketika kecemasan. Aplikasi MYJalan ini membuka ruang dan peluang kepada pengguna dalam melakukan aduan tanpa kekeliruan tentang saluran yang spesifik bagi aduan berkaitan jalan raya.

Anda mungkin mengalami sedikit kelewatan ketika memaparkan peta, mencari lokasi atau meletakkan pin. Ini kerana MYJalan bergantung kepada data masa nyata melalui integrasi dengan pelbagai sistem agensi.

Punca kelewatan:
- Integrasi data masa nyata dengan sistem Agensi Kerajaan yang lain
- Kualiti rangkaian Internet (4G/5G/WiFi).
- Prestasi peranti (GPS, RAM, aplikasi latar belakang).
- Persekitaran fizikal (bangunan tinggi, terowong, cuaca).

Cadangan penyelesaian:
- Pastikan Internet stabil.
- Aktifkan High Accuracy / Precise Location.
- Tutup aplikasi lain.
- Kemaskini aplikasi.
- Refresh peta (zoom in/out).
- Gunakan fungsi Carian Lokasi jika perlu.

Ketepatan lokasi bergantung pada data GPS dan peta Google. Faktor yang menjejaskan termasuk:
- Kekuatan isyarat GPS.
- Kawasan berbumbung / tertutup.
- Bangunan tinggi.
- Cuaca.
- Liputan internet lemah.
- Penggunaan VPN luar negara.

Cadangan penyelesaian:
- Elakkan VPN luar negara.
- Tetapkan GPS kepada mod Tepat / Precise On.
- Gunakan aplikasi di kawasan terbuka dengan liputan baik.
- Laraskan pin secara manual sebelum menghantar aduan.

Aplikasi MYJalan menawarkan dua kaedah log masuk:

  1. Emel & Kata Laluan, atau
  2. MyDigital ID (pengesahan identiti digital kebangsaan)

Integrasi MyDigital ID adalah konsisten dengan ekosistem perkhidmatan digital kerajaan.

Pengguna bebas memilih kaedah log masuk yang paling sesuai pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyDigital ID, sila rujuk laman rasmi:
https://www.digital-id.my/

MYJalan menyediakan ciri Pengesahan Dua Faktor (2FA) sebagai pilihan tambahan untuk meningkatkan keselamatan akaun pengguna.
Ciri ini tidak diwajibkan dan boleh diaktifkan oleh pengguna melalui:

 

Pengguna perlu memastikan aplikasi pengesahan (authenticator app) seperti Google Authenticator atau Microsoft Authenticator telah siap dipasang sebelum mengaktifkan 2FA MYJalan.  

Pengguna yang memilih log masuk melalui MyDigital ID tidak perlu mengaktifkan 2FA tambahan kerana MyDigital ID mempunyai mekanisme keselamatan bersepadu.