Page 187 - index
P. 187

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                              2023
                  9        Pegawai Pelaksana di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi memohon
                           Pendahuluan Diri daripada Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan
                           melalui SUB BK dan Pegawai Pengawal dengan disertakan dokumen berikut:

                            i.  Surat permohonan rasmi
                            ii.  Laporan  lengkap  berhubung  keadaan  darurat,  bekalan/  perkhidmatan/  kerja
                               yang diperolehi, justifikasi perbelanjaan/ perolehan dan maklumat pembekal/
                               kontraktor yang dilantik;
                           iii.  Surat Arahan Memulakan Pembekalan/ Perkhidmatan/ Kerja seperti di
                               Lampiran B;
                           iv.  Salinan Minit Mesyuarat Rundingan  Harga;
                            v.  Borang  Permohonan  Untuk  Pendahuluan  (Kew.  106)  yang  lengkap diisi  dan
                               ditandatangani oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan (dalam lima (5) salinan)
                               dan memenuhi keperluan berikut:
                                a)  Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106) hendaklah
                                     ditandatangani oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan dan tidak boleh
                                    ditandatangani  oleh  pegawai  yang  dinamakan  sebagai  Pegawai
                                    Bertanggungjawab. Sekiranya Pegawai Pengawal dinamakan di Borang
                                    Kew.  106  sebagai  Pegawai  Bertanggungjawab,  Pegawai  Pengawal
                                    dibenarkan menandatangani borang tersebut.
                                b)  Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai yang
                                    dinamakan     di   dalam    borang    Kew.    106   sebagai    Pegawai
                                    Bertanggungjawab  dimaklumkan  terlebih  dahulu  sebelum  permohonan
                                    dikemukakan  kepada  Pejabat  Belanjawan  Negara,  Kementerian
                                    Kewangan.
                                c)  Salinan bil/ invois/ dokumen tuntutan daripada pembekal/ kontraktor yang
                                    telah diakui sah oleh Kementerian/ Jabatan.
                          (Senarai semak permohonan adalah seperti di Lampiran C)
                  10       Pejabat    Belanjawan     Negara,    Kementerian      Kewangan      meluluskan
                           permohonan Pendahuluan Diri.
                  11       Kementerian/  Jabatan/  Agensi  hendaklah  membuat  pembayaran  kepada
                           pembekal/  kontraktor  tidak  lewat  dari  empat  belas  (14)  hari  daripada  tarikh
                           kelulusan Pendahuluan Diri diterima.

                           Dokumen sokongan bagi tujuan pembayaran adalah seperti berikut:
                           a)  Borang Pengesahan Pegawai Pengawal (Lampiran  O);
                           b)  Surat kelulusan pendahuluan diri;
                           c)  Surat Arahan Memulakan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja (Lampiran B);
                           d)  Pengesahan       Pegawai       Pelaksana     berkaitan      kesempurnaan
                               Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja (Lampiran B); dan
                           e)  Bil/ invois/ dokumen tuntutan yang lengkap.

                          Salinan  baucar  bayaran  hendaklah  dikemukakan  kepada  Pejabat  Belanjawan
                          Negara,  Kementerian  Kewangan  tidak  lewat  daripada  empat  belas  (14)  hari  dari
                          tarikh pembayaran dibuat.
                  12       Setelah pembayaran dibuat, Kementerian/ Jabatan/ Agensi mengemukakan laporan
                           terperinci perbelanjaan sebenar kepada Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian
                           Kewangan  melalui  SUB  BK  dan  Pegawai  Pengawal  untuk  tujuan  memohon
                           peruntukan dan kelulusan pelarasan Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan  Diri.








                                                                                                         186
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192