Page 186 - index
P. 186

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                              2023
                                                                                             LAMPIRAN XVI

              PROSES KERJA PELAKSANAAN PERBELANJAAN DARURAT DI BAWAH ARAHAN
            PERBENDAHARAN - AP55

              LANGKAH                                      PROSES KERJA
                   1       Pegawai Pelaksana dalam sesuatu keadaan darurat hendaklah mengambil
                           tindakan segera untuk mengawal keadaan darurat.
                  2        Pegawai Pelaksana memaklumkan kepada Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian
                           Kewangan (BK), KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) melalui media komunikasi
                           yang pantas. (Contoh: telefon, faksimili dan e-mel).

                           Pegawai Pelaksana hendaklah menentukan perkara  berikut:
                           (i)  Perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja yang perlu dilaksanakan;
                           (ii)  Anggaran kos bekalan/ perkhidmatan/ kerja darurat;  dan
                           (iii) Mengenal pasti   pembekal/   kontraktor    yang   berkelayakan
                                 untuk melaksanakan bekalan/ perkhidmatan/ kerja  darurat.
                  3        SUB  BK  memaklumkan  Pegawai  Pengawal  dan  Pejabat  Belanjawan  Negara,
                           Kementerian Kewangan        berkenaan     keperluan perbelanjaan darurat

                  4        Pegawai     Pelaksana     di   peringkat   Kementerian/     Jabatan/    Agensi
                           mengeluarkan Surat Arahan Memulakan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja kepada
                           pembekal/ kontraktor.
                            (Surat   Arahan   Memulakan     Bekalan/  Perkhidmatan/     Kerja  seperti  di
                           Lampiran B)
                  5        Pegawai  Pelaksana  mendapatkan  pengesahan  secara  rasmi  bagi  perolehan
                           darurat di bawah AP 173.2 daripada Pegawai Pengawal melalui SUB, BPA dengan
                           menggunakan  Borang  Pengesahan  Pegawai  Pengawal  seperti  di  Lampiran  D.
                           Borang  ini merupakan rekod  pengesahan  Pegawai  Pengawal  untuk  memproses
                           pembayaran oleh Pegawai Pelaksana/ Pusat Tanggungjawab yang berkenaan.

                  6        Pegawai Pelaksana menyediakan laporan awal perbelanjaan darurat dalam  kadar
                           segera  untuk  dikemukakan  kepada  Pejabat  Belanjawan  Negara,  Kementerian
                           Kewangan melalui SUB BPA dan Pegawai  Pengawal  seboleh-  bolehnya  dalam
                           tempoh tujuh (7)  hari.
                            (Format Laporan Awal yang disediakan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi
                             adalah seperti di Lampiran  A)
                  7        Pegawai Pelaksana memantau dan memastikan kesempurnaan bekalan/
                           perkhidmatan/ kerja yang dilaksanakan oleh pembekal/ kontraktor.
                  8        Kementerian/  Jabatan/  Agensi  menubuhkan  Jawatankuasa   Rundingan Harga.
                           Jawatankuasa  Rundingan  Harga  hendaklah  merundingkan  kos  bekalan/
                           perkhidmatan/ kerja darurat yang telah disempurnakan oleh pembekal/ kontraktor
                           untuk mendapat harga berpatutan/ nilai faedah yang terbaik kepada  Kerajaan dan
                           seterusnya memuktamadkan  kos   bekalan/perkhidmatan/ kerja darurat.
















                                                                                                         185
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191