Page 161 - index
P. 161

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        1.     PENGURUSAN AUDIT DALAM

               1.1.   Pelaksanaan  fungsi  Unit  Audit  Dalam  dijalankan  selaras  dengan  Pekeliling

                      Perbendaharaan  PS  3.1  –  Pelaksanaan  Audit  Dalam  di  Kementerian  atau  Jabatan
                      Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu
                      sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan

                      berdisiplin  untuk  menilai  dan  menentukan  keberkesanan  semua  proses  kawalan  dan
                      tadbir urus.

               1.2.   Unit Audit Dalam melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan melibatkan lapan
                      (8)  elemen  kawalan  berpandukan  senarai  semak  Indeks  Akauntabiliti  Jabatan  Audit

                      Negara bagi memastikan undang-undang, peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi.
                      Selain  itu,  Unit  Audit  Dalam  juga  akan  melaksanakan  pengauditan  prestasi  yang
                      melibatkan  pengurusan  perolehan,  pengurusan  ICT,  projek-projek  pembangunan,
                      penilaian  program  dan  aktiviti  KKR  bagi  memastikan  kecekapan  dan  keberkesanan

                      pengurusan Kementerian dan Agensi/Jabatan di bawahnya.

               1.3.   Rancangan  Audit  Tahunan  akan  dibentangkan dalam  Mesyuarat Jawatankuasa  Audit
                      pada tahun sebelumnya untuk mendapatkan cadangan skop pengauditan atau tumpuan

                      audit (sekiranya ada) sebelum diluluskan oleh Pengawal Pengawal.


        2.     PENGURUSAN TEGURAN AUDIT

               2.1.    Ketua  Jabatan  yang  diaudit  bertanggungjawab  memberi  maklum  balas  terhadap
                       pemerhatian Audit dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh laporan diterima. Setiap
                       maklum balas perlu disertakan bersama dokumen sokongan bagi membuktikan tindakan

                       pembetulan dan penambahbaikan telah dilaksanakan secara menyeluruh serta disusul
                       sehingga selesai.


        3.     JAWATANKUASA AUDIT

               3.1    Pekeliling  Perbendaharaan  PS  3.2  –  Penubuhan  Jawatankuasa  Audit  di  Peringkat
                      Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa
                      Audit  (JKA)  dilaksanakan  sekurang-kurangnya  empat  (4)  kali  setahun  dan

                      dipengerusikan  oleh  Pegawai  Pengawal  serta  melibatkan  Setiausaha-Setiausaha
                      Bahagian di KKR dan Ketua Agensi/ Jabatan di bawah KKR.


                                                                                                          160
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166