Page 36 - Laporan Tahunan Kementerian Kerja Raya 2024
P. 36

36    Laporan Tahunan 2024
                   Kementerian Kerja Raya
            Lingkaran Tengah Utama (LTU)


































                                    Gambaran Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU)
            Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau dahulu dikenali sebagai Central Spine Road (CSR)
            merupakan salah satu projek mega di bawah KKR melibatkan pembinaan jalan baharu dan
            menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 299.4 kilometer (km) dari Kuala Krai, Kelantan ke
            Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Bentong, Pahang. LTU adalah lebuh raya
            tanpa tol, kategori R5 dengan spesifikasi 4 lorong 2 hala mengikut piawaian Arahan Teknik
            (Jalan), ATJ 8/86 (Pindaan 2015) JKR Malaysia.

            Projek LTU dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan tahap aksesibiliti dan mobiliti
            ke kawasan Pantai Timur, di samping memberi manfaat kepada pengguna jalan raya dengan
            memendekkan masa dan menjimatkan kos perjalanan. Jangka masa perjalanan dari Kuala
            Lumpur ke Kota Bharu dijangka dapat dipendekkan daripada 7 jam ke 4.5 jam sekaligus
            dapat memendekkan tempoh perjalanan untuk ke negeri Kelantan, berbanding sebelum
            ini pengguna perlu menggunakan Jalan Persekutuan FT08 dengan jalan penghubung yang
            sempit dan tidak selamat. Kesan langsung kepada rakyat adalah penjimatan masa dan kos
            perjalanan terutama kos bahan api di samping keselesaan dan mutu keselamatan serta
            mengurangkan kesesakan semasa tempoh perayaan. Selain itu, projek ini meningkatkan
            ketersambungan  jaringan  jalan dan  meningkatkan pembangunan kawasan  sekeliling
            seterusnya menjamin sosioekonomi di negeri-negeri terbabit di kawasan Pantai Timur.

            Kemajuan projek LTU sehingga Disember 2024 adalah 41.3% bersamaan penyiapan sebanyak
            123.65 km daripada 299.4 km. Jajaran projek LTU adalah merangkumi enam (6) pakej utama
            melibatkan 26 subpakej. Sehingga kini, sebanyak 11 subpakej telah disiapkan sepenuhnya di
            negeri Pahang seperti di Kuala Lipis, Raub dan Bentong.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41