Page 33 - Laporan Tahunan Kementerian Kerja Raya 2024
P. 33
Laporan Tahunan 2024 33
Kementerian Kerja Raya
Program Menaiktaraf Infrastruktur
Keselamatan Jalan Raya (Rawatan Blackspot)
KKR amat mengambil berat akan isu keselamatan jalan raya khususnya di
Jalan Persekutuan seluruh negara. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha
mengurangkan kemalangan jalan raya yang meliputi lima (5) aspek utama 5E
iaitu:
Education Engineering Evaluation
Enforcement Environment
01 02 03 04
Rawatan Lokasi Kerap Lampu Jalan di Lampu Isyarat di Lintasan Pejalan Kaki
Berlaku Kemalangan Kawasan Kemalangan Persimpangan Searas Berlampu
(Blackspots) / Berisiko Kemalangan Isyarat (LPKSI)
Akibat Jalan Gelap
KKR melalui JKR selaku Agensi Teknikal Negara melaksanakan penambahbaikan dalam
aspek kejuruteraan (engineering) dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Aspek kejuruteraan jalan adalah komponen penting dalam strategi keselamatan jalan raya
Malaysia, dengan potensi untuk menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan
yang ketara apabila digabungkan dengan langkah-langkah lain seperti pendidikan dan
penguatkuasaan. KKR telah melaksanakan Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan
Jalan Raya di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia dengan merangkumi empat (4) skop
utama seperti rajah di atas.
Selain itu, terdapat juga program lain melibatkan infrastruktur keselamatan di Jalan
Persekutuan seluruh Malaysia seperti berikut:
01 02
Jejantas Pejalan Menaiktaraf Lampu
Kaki Isyarat Sedia Ada Kepada
Lampu Isyarat Pintar
(Smart Traffic Light)

