Page 5 - Microsoft Word - Buku_Kod_Perakaunan_2026 V.1
P. 5
4. MAKLUMAN
Kod PTJ yang dicatatkan pada Waran Peruntukan/Waran Peruntukan Kecil
hendaklah dikekalkan dan digunakan di dalam Baucar Bayaran (Kew.304E).
Pemberi Waran Peruntukan Kecil hendaklah menentukan bahawa Waran
Peruntukan Kecil mengandungi kod-kod Akaun dan PTJ seperti yang dicatat
pada Waran Peruntukan yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengawal atau
seperti yang dicatat pada Waran Peruntukan yang diterima dari lain-lain
Kementerian/Jabatan Persekutuan.
KOD SETIA (8 askara) hendaklah dicatat bagi urusniaga-urusniaga
perbelanjaan pembangunan dan Private Finance Initiative (PFI)
Objek
Sila guna kod penjenisan perbelanjaan dan hasil mengikut Surat Pekeliling
Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 10 Tahun 2017 – Carta
Akaun Akruan (CAA) & 1PP : PS 1.1 – Penjenisan Kod Hasil dan
Perbelanjaan
MyCODE
Satu pusat rujukan setempat yang membantu dan memudahkan
pengguna dalam menyediakan dokumen kewangan dalam sistem
iGFMAS terutama dari aspek keseragaman kod akaun dan perihal
bayaran. MyCODE boleh dilayari melalui pautan berikut :
https://shorturl.at/jqTW5
PANDUAN KOD PERAKAUNAN 2026 V.1 - 5 -

