Page 17 - index
P. 17
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
JPKA hendaklah membincangkan perkara-perkara seperti berikut:
i. Pengurusan Bajet;
ii. Pengurusan Pembayaran Bil;
iii. Pengurusan Perakaunan;
iv. Pengurusan Perolehan;
v. Pengurusan Aset dan Stor;
v. Perbelanjaan Utiliti
vi. Barang pakai habis
vii. Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Badan Berkanun Persekutuan;
viii. Penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan.
8 PELAPORAN ANGGARAN HASIL KEPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA
8.1 Perbendaharaan Malaysia menetapkan semua Kementerian dan Agensi menyediakan
anggaran bagi hasil Kerajaan Persekutuan yang akan dipungut pada tahun berikutnya.
Anggaran hasil yang diperolehi akan digunakan dalam penyediaan Buku Anggaran Hasil
Persekutuan.
8.2 Berdasarkan Arahan Perbendaharaan - AP41, penyediaan anggaran hasil hendaklah
mematuhi kod penjenisan hasil seperti yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia di
bawah peruntukan Pekeliling Perbendaharaan PS 1.1: Penjenisan Kod Bagi Hasil dan
Perbelanjaan.
8.3 Anggaran hasil perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum atau pada
30 Jun 2023. Bagi tujuan penyelarasan dan penyatuan maklumat anggaran hasil
berkenaan, Bahagian/ Jabatan/ Agensi hendaklah mengemukakan maklumat anggaran
hasil kepada Bahagian Akaun, KKR sebelum atau pada 5 Mei 2023.
9 PENGURUSAN PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA
9.1 Permohonan lawatan rasmi YB Menteri dan YB Timbalan Menteri adalah tertakluk kepada:
i. Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008;
ii. Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 15 Julai 2009;
iii. Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1 Garis Panduan Langkah - Langkah
Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan; dan
iv. Pindaan-pindaan pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa pada tahun semasa.
9.2 Semua permohonan tugasan/ lawatan rasmi ke luar negara perlu mendapat ulasan
daripada Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM) untuk semakan baki peruntukan One-Off Bertugas Rasmi ke Luar Negara
sebelum diangkat untuk perakuan Pegawai Pengawal.
16

