Page 128 - index
P. 128

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       2.7.5  Bagi menentukan sesuatu perolehan yang tertakluk kepada FTA, anggaran nilai
                              perolehan  maksimum  bagi  keseluruhan  tempoh  hendaklah  mengambil  kira
                              perkara berikut:

                              (i) Semua bentuk ganjaran, termasuk premium, yuran, komisyen, faedah atau lain-lain
                              aliran hasil yang mungkin diperuntukkan di bawah kontrak;

                              (ii)  Apa-apa  pelanjutan  kontrak  yang  melibatkan  tambahan  nilai  bagi  bekalan  dan
                              perkhidmatan.

                              (iii) Sekiranya projek dilaksanakan secara berfasa/berperingkat, maka nilai perolehan
                              yang  tertakluk  kepada  FTA  hendaklah  ditentukan  dengan  mengambil  kira  nilai
                              keseluruhan  projek.  Setiap  pakej  perolehan  berfasa/berperingkat  merupakan
                              perolehan yang tertakluk kepada FTA walaupun di bawah had nilai ditetapkan.

                       2.7.6  Sekiranya  anggaran  nilai  perolehan  atau  nilai  keseluruhan  untuk  satu
                              perolehan/projek  tidak  dapat  dikenal  pasti,  maka  perolehan  itu  hendaklah
                              dipelawa kepada syarikat dari negara ahli FTA.

                       2.7.7  Pada masa ini, FTA yang telah ditandatangani melibatkan tawaran akses pasaran
                              perolehan  kerajaan  kepada  negara  ahli  adalah  Perjanjian  Komprehensif  dan
                              Progresif  bagi  Perkongsian  Trans-Pasifik  (Comprehensive  and  Progressive
                              Agreement for Trans-Pacific Partnership - CPTPP).

                       2.7.8  Had Nilai Perolehan hendaklah diselaraskan pada setiap tahun genap bermula 1
                              Januari selepas CPTPP berkuat kuasa ke atas Malaysia.

                       2.7.9  Setiap 2 tahun, had nilai perolehan yang tertakluk dalam Ringgit Malaysia (RM)
                              hendaklah dikira dan dipaparkan. Pengiraan ini berdasarkan kadar tukaran yang
                              diterbitkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Statistik Kewangan
                              Antarabangsa secara bulanan.

                       2.7.10 Kadar tukaran adalah berdasarkan purata nilai harian RM kepada SDR sepanjang
                              tempoh 2 tahun sebelum 1 Oktober pada tahun sebelum had nilai perolehan yang
                              diselaraskan berkuatkuasa. Nilai tukaran hendaklah dibundarkan kepada nilai RM
                              yang terdekat.

               2.8     HAD  NILAI  PEROLEHAN  YANG  TERTAKLUK  BERDASARKAN  TEMPOH
                       PERALIHAN (Bab Perolehan Kerajaan CPTPP hendaklah dibaca bersekali dengan jadual
                        berikut:

                       Had nilai perolehan di peringkat Kementerian dan Jabatan Persekutuan yang tertakluk
                       dengan Bab PK mengikut tempoh peralihan adalah seperti berikut:








                                                                                                          127
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133