SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM MyINFRA
Sistem Pengurusan Fasiliti Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Sistem MyINFRA adAlah sistem yang dibangunkan oleh KKR untuk merekod data dan menguruskan aset tak alih Kerajaan secara digital berdasarkan pematuhan kepada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK), Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) dan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA).
MyINFRA 1.0 hanya mengandungi satu modul sahaja (pendaftaran ATA) manakala MyINFRA 2.0 merangkumi keseluruhan modul di dalam fasa penggunaan dan pelupusan aset
1. Klik butang Lupa kata laluan
2. Maklumkan kepada pentadbir agensi
Pemilik id hanya boleh mengemakini maklumat peribadi asas sahaja di dalam sistem. Untuk pengemaskinian maklumat lain berkaitan akaun, anda perlu memaklumkan kepada pentadbir agensi untuk tindakan
Sasaran pengguna sistem myinfra adalah Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) yang teridiri daripada Pegawai teknikal fasiliti, pegawai inspektorat fasiliti, pegawai daftar fasiliti dan pegawai operasi fasiliti
Pentadbiran sistem adalah dibawah Kementerian masing – masing, maka dengan itu, jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, anda hendaklah menghubungi Pentadbir Agensi di Kementerian masing – masing.
YA. Walaupun sistem myinfra 2.0 akan siap tidak lama lagi, UPF disyorkan untuk membuat pendaftaran aset terlebih dahulu
di dalam sistem myinfra 1.0 bagi mewujudkan database ATA. Data ATA di dalam sistem myinfra 1.0 akan dieksport masuk
ke dalam sistem myinfra 2.0 bagi memudahkan UPF menguruskan aset secara menyeluruh di dalam sistem tersebut kelak.
TIDAK. Sistem MyINFRA adalah satu sistem Baharu yang dibangunkan susulan daripada pembekuan Sistem MySPATA pada
tahun 2018. Namun demikian, pembangunan sistem myinfra adalah lebih menyeluruh dan holistik ke arah pendigitalan
pengurusan aset dan fasiliti