Page 3 - PANDUAN KOD PERAKAUNAN 2023
P. 3

STRUKTUR KOD-KOD PERAKAUNAN


               1.      PENGENALAN


                       1.1    Manual  Prosedur  Kod  Perakaunan  bertujuan  untuk  menerangkan  penggunaan
                              kod  perakaunan  yang  diperlukan  untuk  merekodkan  urusniaga  kewangan  dan
                              perakaunan di 1GFMAS.

               2.      STRUKTUR KOD-KOD

                       2.1      Berikut adalah struktur kod-kod perakaunan yang berkaitan :

                                                             Aksara
                          Bil.   Perihal                                       Catatan
                                                              / Digit

                         i.   Kod Vot                           3     -  Ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
                                                                      -  Dimulai dengan huruf ‘B’ / ‘T’ untuk
                                                                         belanja mengurus, huruf ‘P’ untuk
                                                                         belanja pembangunan atau huruf ‘ S’ untuk
                                                                         ‘Private Finance Initiative (PFI)’.


                         ii.   Kod Pegawai Pengawal             2     -  Mengikut   turutan   berdasarkan   kedudukan
                                                                         Kementerian/Jabatan   di   dalam   Anggaran
                                                                         Perbelanjaan Persekutuan


                         iii.   Kod Kumpulan PTJ                2     -  Dicatatkan bersama kod PTJ akan menjadikan
                                                                         kod PTJ sesebuah Kementerian/Jabatan itu
                                                                         unik.

                         iv.   Kod  Pusat  Tanggungjawab/       6     -  Ditetapkan   oleh   Kementerian    mengikut
                              Pusat Kos (PTJ/PK)                         keperluan masing-masing.


                         v.   Kod Program/Aktiviti              6     -  2 angka pertama merujuk kepada program.
                                                                      -  4  angka  berikutnya  boleh  dipecahkan  kepada
                                                                         aktiviti  dan  aktiviti  kecil  mengikut  keperluan
                                                                         jabatan.

                         vi.   Kod Projek                       8     -  5 angka pertama adalah projek utama.
                                                                      -  3 angka berikutnya merupakan kod SETIA.


                         vii.   Kod Setia                                         3   -  Ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).


                        viii.   Kod Objek                       5     -  Digit yang pertama merujuk kepada Objek Am.
                                                                      -  Digit kedua merujuk kepada Objek Sebagai.
                                                                      -  Digit  ketiga  merujuk  kepada  kumpulan  Objek
                                                                         Lanjut.



               PANDUAN KOD PERAKAUNAN 2023 V.2                                                              - 3 -
   1   2   3   4   5   6   7   8