Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN (FMM) DI KOMPLEKS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), JALAN DEWAN BAHASA, WILAYAH PERS...

Audience based content

X
Anda di sini
TENDER/SEBUTHARGA
IKLAN TENDER/SEBUTHARGA
Maklumat Perolehan
Jenis Perolehan: 
Tender
Tajuk Perolehan: 
PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN (FMM) DI KOMPLEKS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), JALAN DEWAN BAHASA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. NO. TENDER: JKR/IP/CSFB/T/17/2021
Pejabat Yang Memanggil: 
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tarikh Iklan: 
06/10/2021
Lawatan Tapak: 

TIADA

Perhatian:
Tempat dan Tarikh Dokumen Mula Dijual
Dokumen Tender akan dijual secara atas talian bagi petender yang melepasi tapisan Saringan Wajib dan wajib menghadiri Taklimat tender dan lawatan tapak selepas slip bayaran diterima SAHAJA
20.10.2021 (Rabu) Hingga 26.10.2021 (Selasa)
Dokumen Meja Tender boleh disemak di Pejabat Memanggil Tender semasa waktu pejabat.

Harga Dokumen dan Bayaran Atas Nama
RM 500.00
Sebagaimana email yang akan diterima oleh petender yang layak sahaja

Tempat, Tarikh dan Waktu Tender Tutup
16.11.2021 (Selasa)
5.00 Petang
Cawangan Pengurusan Perolehan Harta,
Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A,
Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

Dokumen Tender boleh dikemukakan secara pos berdaftar/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure - SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 5.00 petang Tarikh Tutup Tender

NOTA:-
Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan di link berikut shorturl.at/lBQ58 bermula dari 7 Oktober 2021 (Khamis) hingga 9 Oktober 2021 (Sabtu) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan disenaraipendek untuk proses selanjutnya. Kontraktor/Syarikat tidak dibenarkan memohon kebenaran khas daripada CIDB/UPKJ/PUKONSA untuk pengkhususan

Taklimat Tender dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima jemputan ke taklimat tender dan lawatan tapak melalui emel yang didaftarkan. Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. Kehadiran dihadkan kepada seorang penama sahaja bagi setiap syarikat dan hendaklah sentiasa mematuhi semua Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure - SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada sepanjang masa.

Kenaan nilai Bon/Deposit Tender bagi Projek ini adalah sebanyak RM 100,000.00.

Hanya petender yang telah disenaraipendek dan hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender.

Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 20 Oktober 2021 (Rabu) sehingga 26 Oktober 2021 (Selasa) pukul 11.59 malam.

Dokumen Tender boleh dikemukakan secara pos berdaftar/kurier dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure - SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender. Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba di tempat yang ditetapkan sebelum atau pada 5.00 petang 16 November 2021 (Selasa).

Maklumat Kontraktor
Status Syarikat: 

Bumiputera / T1

Gred CIDB: 
G7
Kategori: 

F

Pengkhususan: 

F01

Maklumat Dokumen Tender/Sebutharga
Harga Dokumen: 
RM500.00
Tarikh Mula Dijual: 
20/10/2021
Tarikh Akhir Dijual: 
26/10/2021
Tarikh Tutup: 
16/11/2021 - 5:00pm
Kementerian Kerja Raya Malaysia