Langkau ke kandungan utama
0

Jejambat Sibu, Seksyen Sibu WPC 07 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Kepada Umum Bermula Jam 6 Petang Ini.

SIBU, SARAWAK, 28 MEI 2023 - Orang ramai akhirnya boleh menggunakan jejambat Sibu, Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bermula pada jam 6 petang ini.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia ketika melakukan lawatan ke jejambat berkenaan sebentar tadi.

Beliau berkata pembukaan jejambat berkenaan merupakan berita baik buat penduduk Sibu khasnya menjelang sambutan perayaan Hari Gawai.

Dalam pada yang sama beliau turut mengingatkan agar pengguna sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi had laju dan cara betul melakukan pusingan P.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Encik Hashim Sahari, Pengurus Zon Tengah Cawangan Lebuhraya Pan Borneo (CLPB) JKR Sarawak; Sahrein Maloh, Pengurus Komunikasi Korporat dan Isu Tanah CLPB JKRS; wakil pihak konsultan dan kontraktor.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita