Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur Tel: +603-27111100 Fax: +603 - 2711 1590/1592
Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Kementerian Kerja Raya komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menjamin kepuasan pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas teras dengan:

  • Memastikan kualiti kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan dan Bangunan Gunasama Persekutuan dilaksanakan mengikut perjanjian konsesi yang telah dipersetujui.
  • Memastikan peruntukan pembangunan tahunan dibelanjakan melebihi 96% dan mengikut tempoh, standard, spesifikasi dan kos yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.   
  • Memproses dan meluluskan permohonan pelbagai pendaftaran kontraktor dalam tempoh yang ditetapkan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menerbitkan ‘Road Traffic Volume Malaysia’ sebelum 30 Jun setiap tahun.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) setahun sekali.

Pencapaian Piagam Pelanggan 

Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan KKR