Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Soalan Lazim

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini

Soalan-soalan lazim telah disusun berdasarkan beberapa kategori. Untuk membuat carian, sila masukkan kata kunci pada kotak "Kata Kunci" dan/atau pilih kategori pada kotak menu "Kategori" dan seterusnya klik "Hantar".

Soalan Jawapan
Di mana maklumat data trafik / banci lalulintas kenderaan boleh diperolehi?

Data trafik / banci lalulintas kenderaan dijual di dalam bentuk cakera padat bertajuk "Road Traffic Volume Malaysia" dan boleh dibeli menggunakan wang pos di Bahagian Perolehan dan Tender, Aras Bawah, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk membuat aduan secara online?

Sila buat aduan secara online melalui e-Aduan di url berikut:

Siapakah yang layak memohon?
  1. Kontraktor-kontraktor (Kontraktor Induk atau Subkontraktor Dinamakan) yang berdaftar di dalam kelas F hingga C atau I hingga VI dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan gred G1 hingga G5 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan bagi projek-projek persekutuan yang tidak melebihi RM5 juta.
  2. Masih diiktiraf sebagai bertaraf Bumiputera oleh PKK.
  3. Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  4. Menerima Surat Setuju Terima Tender dari Jabatan Kerja Raya bagi kontrak Persekutuan sahaja.
  5. Harga tender adalah viable atau menguntungkan.
  6. Mempunyai rekod kerja yang baik dan memuaskan seta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.
  7. Kontraktor yang telah mendapat Wang Pendahuluan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/95 atau yang mendapat pinjaman dari bank atau instituís kewangan dengan mencagarkan kotrak kerja yang diperolehi, tidak layak mendapat pinjaman di bawah skim ini.
  8. Bagi Subkontraktor Dinamakan (NSC), nilai subkontrak hendaklah melebihi RM100,000.00 dan tempoh kontrak tidak kurang 20 minggu.
Jalan Persekutuan mana yang disenggara dan diuruskan oleh KKR?

Jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah milik Y.B Menteri Kerja Raya.

Apakah agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya?

Agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya ialah:

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Construction Industry Development Board (CIDB)
  • Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
  • Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  • Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
Apakah syarat-syarat pinjaman?
  1. Jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan 'merit' tiap-tiap kes tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak 15% nilai kerja pembina.
  2. Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  3. Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
  4. Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
  5. Peminjam hendaklah melaporkan mengenai kemajuan projek yang dibiayai dibawah skim ini setiap 2 minggu sekali mengikut format yang ditetapkan.
  6. Pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa faedah.
Bagaimanakah cara menggunakan sistem on-line Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KKR ?

KKR telah melaksanakan kaedah pelaksanaan HBP secara online yang mana pelanggan KKR atau orang ramai boleh melayari laman web KKR dan click kepada butang Hari Bertemu Pelanggan KKR

Bagaimanakah saya hendak membuat permohonan?
  1. Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan melalui BPB Negeri atau Ibupejabat; atau
  2. Permohonan secara dalam talian di www.kkr.gov.my.
  3. Dokumen/ maklumat penting yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-
  4. Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak di mana pinjaman pendahuluan diperlukan;
  5. Ringkasan Tender;
  6. Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jira urusniaga kepunyaan perseorangan/ perkongsian atau Borang 24, borang 29, 44 jika urusniaga jenis Sdn Bhd,);
  7. Borang D;
  8. Surat Pendaftaran Kontraktor (PKK dan CIDB);
  9. Carta Organisasi syarikat yang menunjukkan kakitangan teknikal;
  10. Surat pengiktirafan sebagai Kontraktor Bumiputera (PKK);
  11. Penyata Bulanan Akaun Bank bagi 3 bulan terakhir;
  12. Lembaran Akaun Tahunan yang terkini di Audit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat;
  13. Membuat aguan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/ Hakim Mahkamah Sesyen tidak menerima pinjaman kewangan dari bank/ agensi lain.
Adakah aduan boleh dikemukakan di program Hari Bertemu Pelanggan secara online ?

Ya. Pelanggan atau orang ramai boleh mengemukakan aduan terus kepada kaunter-kaunter Bahagian/ Jabatan/ Agensi yang disediakan semasa program Hari Bertemu Pelanggan diadakan.

Bagaimana kontraktor membuat bayaran balik pinjaman?
  1. Bayaran balik pinjaman akan dibuat melalui potongan dari bayaran interim/kemajuan projek apabila kemajuan kerja FIZIKAL melebihi 25% dan selesai apabila mencapai 75%.
  2. Kaedah potongan berasaskan formula dibawah :-

          D = 200 x (A/B) x P

          DIMANA

          D    -    ialah  jumlah potongan pembayaran balik pinjaman

          A    -    ialah jumlah wang pendahuluan/ pinjaman yang diterima oleh kontraktor

          B    -    ialah jumlah Nilai Kerja Pembina (Builder?s Work)

          P    -    ialah jumlah kerja pembina yang diperakukan dalam sijil Bayaran Interim pada bulan tersebut (termasuk nilai yang diperakukan bagi bahan-bahan ditapak bina yang melebihi 25% daripada nilai B).

Pages

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources