Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Soalan Lazim

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini

Soalan-soalan lazim telah disusun berdasarkan beberapa kategori. Untuk membuat carian, sila masukkan kata kunci pada kotak "Kata Kunci" dan/atau pilih kategori pada kotak menu "Kategori" dan seterusnya klik "Hantar".

Soalan Jawapan
Bagaimana untuk membuat aduan mengenai Kementerian Kerja Raya?

Aduan mengenai Kementerian Kerja Raya boleh dibuat melalui:

  1. Secara online melalui  e-Aduan;
  2. Emel kepada Pegawai Perhubungan Awam KKR di alamat pro@kkr.gov.my;
  3. Datang sendiri Kaunter Khidmat Pelanggan di Tingkat Bawah , Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur; atau
  4. Hantar surat/fax kepada Pegawai Perhubungan Awam KKR
  5. Telefon
Di mana saya boleh dapatkan maklumat mengenai Jalan Persekutuan?

Sila dapatkan maklumat mengenai Jalan Persekutuan di url berikut: http://www.kkr.gov.my/teras-jalan-persekutuan

Bagaiman caranya untuk saya dapatkan maklumat mengenai Bangunan Gunasama Persekutuan?

Maklumat mengenai Bangunan Gunasama Persekutuan boleh diperolehi di url berikut:

Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya.

Semua maklumat mengenai projek pembangunan samada yang telah siap, dalam pembangunan atau dalam perancangan boleh diperolehi di url berikut:

Dimanakah saya boleh mendapatkan Direktori Pembekal/Pengeluar yang Dikeluarkan oleh BPB?

Buku direktori pembekal/pengeluar tersebut boleh didapati secara percuma dengan menulis surat/berkunjung ke alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Bumiputera
Tingkat 7 Blok B
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur

Tel  : 03-27714701
Faks : 03-27114442

Atau e-mel ke bpb@kkr.gov.my

Apakah itu Program Pengagihan 10 % Daripada Nilai Kerja Pembina Kepada Kontraktor-Kontraktor Kelas F ?

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan kontraktor-kontraktor kelas F dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan, khususnya di dalam projek-projek di dalam Rancangan Malaysia Ke- 9 (RMKe-9). Dasar ini bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor Kelas F selaras dengan jumlah mereka yang mencecah 30,000 kontraktor.

Apakah itu Program Trading hub?

Di dalam sesebuah projek, 60% daripada nilai tersebut merupakan perolehan bahan binaan. BPB telah mengenal pasti bahawa bilangan dan kapasiti pengeluar/pembekal bumiputera sedia ada kurang berkeupayaan untuk membekalkan bahan binaan dengan kapasiti yang besar. Sehubungan dengan itu, bpb telah mewujudkan syarikat trading hub hasil gabungan pengeluar/pembekal di negeri masing-masing. Tujuan penggabungan ini adalah untuk meningkatkan kapasiti, kualiti dan dapat bersaing dari segi harga dengan pengeluar/pembekal bukan bumiputera.

How to make an appeal if the application is rejected?

Each appeal on an application will be treated as a new application and will be charged a processing fee. This is because the process of working on an application for appeal is the same as the original application work.

Apakah kelulusan lain yang diperlukan untuk mendirikan paparan iklan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya?

Kementerian Kerja Raya hanya mengeluarkan kelulusan bersyarat bagi menduduki tapak di dalam tanah rizab jalan persekutuan. Pemohon perlu juga mendapatkan kelulusan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan kebenaran merancang sebelum mendirikan paparan iklan serta mendapatkan lesen visual sebelum memaparkan sebarang visual.

Bagaimanakah cara untuk memohon perlanjutan tempoh kelulusan ?

Setiap Permohonan untuk melanjutkan tempoh kelulusan perlu dikemukakan kepada Kementerian seperti mana permohonan asal dan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikenakan fi proses. Ini adalah kerana proses kerja ke atas sesuatu permohonan lanjutan tersebut adalah sama dengan proses kerja permohonan asal.

Pages

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources