Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Soalan Lazim

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini

Soalan-soalan lazim telah disusun berdasarkan beberapa kategori. Untuk membuat carian, sila masukkan kata kunci pada kotak "Kata Kunci" dan/atau pilih kategori pada kotak menu "Kategori" dan seterusnya klik "Hantar".

Soalan Jawapan
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan?

Tatacara Permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Kerja Raya (http://www.kkr.gov.my/tatacara-permohonan) dan permohonan perlu dibuat secara online di http://esite.kkr.gov.my/terkini/ . Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Tingkat 4, Blok A, Kementerian Kerja Raya beserta Bank Draf/Kiriman Wang bagi bayaran fi pemprosesan permohonan.

Berapakah tempoh masa permohonan diproses?

Tempoh masa pemprosesan penerimaan permohonan adalah 7 hari daripada permohonan lengkap diterima dan permohonan seterusnya akan dihantar kepada Jurutera Daerah untuk ulasan teknikal.

Adakah permohonan ini meliputi Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran?

Permohonan yang diproses oleh Kementerian Kerja Raya adalah bagi permohonan paparan iklan di Jalan Persekutuan dan lebuh raya. Manakala bagi permohonan paparan iklan di Jalan Negeri dan Jalan Bandaran perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagaimana untuk mengenal pasti Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran?

Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT. Jalan negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.

Apakah kategori pemohon yang boleh memohon untuk mendirikan paparan iklan?

Kementerian Kerja Raya tidak menetapkan kelayakan kepada kategori pemohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan. Mana-mana individu atau syarikat yang berminat boleh memohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan.

Bagaimanakah cara untuk memohon papan tanda tunjuk arah?

Papan tanda tunjuk arah tidak dikategorikan sebagai paparan iklan. Oleh yang demikian, permohonan perlu diajukan kepada jurutera-jurutera daerah yang berkenaan.

Berapakah fi proses yang dikenakan ke atas permohonan?

Fi proses dikenakan ke atas setiap satu permohonan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon. Maklumat lanjut mengenai kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011. Fi tersebut tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tersebut ditolak.

Bagaimanakah penentuan caj sewa tapak?

Caj sewa tapak dikenakan ke atas setiap permohonan yang diluluskan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon dan dikenakan secara tahunan. Maklumat lanjut kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011.

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran fi proses dan caj sewa tapak?

Fi proses dan caj sewa tapak boleh dibayar melalui draf bank / kiriman wang di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya.

Apa itu Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK)?

Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) ialah satu skim yang diurus dan dikawal oleh Bahagian Pembangunan Bumiputera (BPB), Kementerian Kerja Raya.   Skim ini bertujuan bagi membantu para kontraktor bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan (take off) sesuatu projek agar terus meningkat maju.

Pages

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources