Soalan-soalan lazim telah disusun berdasarkan beberapa kategori. Untuk membuat carian, sila masukkan kata kunci pada kotak "Kata Kunci" dan/atau pilih kategori pada kotak menu "Kategori" dan seterusnya klik "Hantar".
Soalan | Jawapan |
---|---|
Bolehkah pegawai lain membuat aduan dalaman bagi pihak saya ? |
Ya, boleh |
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan? |
Tatacara Permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Kerja Raya (http://www.kkr.gov.my/tatacara-permohonan) dan permohonan perlu dibuat secara online di http://esite.kkr.gov.my/terkini/ . Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Tingkat 4, Blok A, Kementerian Kerja Raya beserta Bank Draf/Kiriman Wang bagi bayaran fi pemprosesan permohonan. |
Di manakah saya boleh menghantar aduan berkenaan dengan masalah peralatan ICT dan Sistem Aplikasi ? |
Untuk menghantar sebarang aduan berkenaan dengan masalah peralatan dan perisian ICT, anda boleh melakukannya dengan klik pada Sistem Aduan Dalaman di dalam Intranet Portal KKR |
Selain daripada aduan peralatan ICT, adakah aduan lain boleh saya buat melalui Sistem Aduan Dalaman? |
Ya, boleh. Antara aduan yang boleh dibuat melalui Sistem Aduan Dalaman adalah berkenaan dengan peralatan ICT, sistem aplikasi, portal, GIS, telefon dan bangunan. |
Apakah sistem-sistem yang terdapat di dalam portal intranet KKR? |
Sistem-sistem yang terdapat di dalam portal Intranet KKR adalah seperti berikut:- |
Bagaimanakah untuk mendapatkan ID pengguna untuk Intranet Portal KKR ? |
ID pengguna portal boleh didapati pada web master di setiap bahagian. |
Siapakah pentadbir sistem-sistem Intranet KKR? |
Pentadbir sistem bagi semua sistem intranet KKR adalah Cawangan Pembangunan Sistem, Bahagian Pengurusan Maklumat |
Apakah pelayan internet yang sesuai untuk mengakses sistem-sistem intranet KKR ? |
Pelayan yang sesuai untuk mengakses sistem-sistem intranet KKR adalah Mozilla FireFox . |
Bagaimanakah untuk mengakses semua sistem intranet KKR? |
Semua sistem intranet KKR boleh diakses melalui http://www.kkr.gov.my dan klik pada pautan intranet. |
Adakah system-sistem intranet KKR boleh di akses daripada luar ? |
Ya, boleh. Sistem intranet KKR boleh di akses di mana-mana sahaja. |