Kementerian Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan “Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-19” bagi sembilan bidang iaitu Penerapan Bata, Pemasangan Paip, Pertukangan Kayu & Tanggam, Kimpalan, Penjubinan, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pendawaian, Decorative Painting dan Lukisan Kejuruteraan Mekanikal CADD.
Laluan Lebuhraya Cheras-Kajang akan ditutup kepada laluan kenderaan selama 30 minit bermula jam 10.15 pagi Sabtu ini, 6hb Mac 2010 bersempena perlumbaan Le Tour de Langkawi Malaysia 2010(LTSLM) 2010). Penutupan itu akan bermula daripada laluan arah Kuala Lumpur ke persimpangan Hulu langat (Exit 702) menyebabkan pengguna dilencongkan ke persimpangan Telekom (Exit 703).
Perhimpunan Bulanan Y.B Menteri bersama Warga Kerja Raya akan diadakan pada 4 Mac 2010 (Khamis) jam 8.15 pagi. Kaunter pendaftaran akan dibuka bermula jam 7.45 pagi dan semua Warga Kerja Raya diminta turun awal bagi melancarkan perjalanan majlis.
Terdapat gangguan sistem talian telefon di ibu pejabat Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. Sistem talian telefon sedang dibaikpulih. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.
Majlis Perasmian Pakej 2B & 3 di antara Persimpangan Bertingkat Mantin Dan Persimpangan Bertingkat Ampangan/Jelebu, Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) akan diadakan pada 1 Mac 2010, jam 2.30 petang bertempat di Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Perasmian Pelaksanaan Program Bekerja Dari Rumah bagi Pelukis Pelan Jabatan Kerja Raya akan diadakan pada 21 Disember 2009 pada pukul 10.30 pagi di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya
Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bagi penambahan lorong Smart Tag di Plaza Tol Petaling Jaya (arah Puchong) bermula pada khamis ini hingga 14 Disember dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Kementerian Kerja Raya akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2009 pada 3 Disember 2009 (Khamis), jam 8.30 malam bertempat di Pusat Konvensyen Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur.
Kementerian Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan “Majlis Penyampaian Anugerah Tangan Emas 2009 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 3 Disember 2009, bertempat di Pusat Konvensyen Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jalan Chan Sow Lin, Cheras Kuala Lumpur , jam 8.30 malam.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah anugerah tangan emas akan disempurnakan oleh YB. Dato’ Shaziman bin Abu Mansur, Menteri Kerja Raya Malaysia
Lebuh Raya Duta -Ulu Klang (DUKE) akan menganjurkan Larian Dukethon pada 22 November 2009, jam 8.00 pagi. Program diadakan sempena genap tujuh bulan ianya beroperasi. Program larian sejauh lima kilometer ini turut menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2,000.00.