Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

PUTRAJAYA, 2 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), sedang memperluas penganjuran Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kontraktor Bumiputera (Gred G1 – G7) dan Usahawan Binaan Bumiputera di seluruh negara.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.).

Sebanyak 14 siri seminar telah dirancang untuk dilaksanakan bermula hari ini sehingga Disember 2014 dengan menyasarkan seramai 200 hingga 300 peserta hadir di setiap siri seminar.

Antara pengisian seminar ini adalah pendedahan dan penerangan berkenaan pelaksanaan GST oleh Kerajaan pada tahun 2015 serta impak dan faedah pelaksanaannya kepada industri pembinaan negara .

Pada seminar ini juga, para kontraktor dan usahawan binaan Bumiputera berpeluang mengetahui tatacara dan prosedur pendaftaran syarikat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pendaftaran e-voucher oleh pihak SME Corp.

1

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2014 – YB Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusof telah melakukan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu terutama bagi pencegahan denggi di salah satu tapak projek seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu projek naiktaraf hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, hari ini.

Pemeriksaan secara bersepadu itu turut melibatkan Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Arkitek, Lembaga Jurutera, dan Lembaga Juruukur Bahan antara lain bertujuan untuk memastikan agar kontraktor sentiasa mengikuti dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan berkaitan pembinaan.

“Selepas melakukan pemeriksaan di tapak ini kami telah mengarahkan enam tapak pembinaan di kawasan projek ini untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan selama tujuh hari berkuatkuasa esok berikutan risiko menjadi sarang pembiakan jentik-jentik yang boleh membawa wabak denggi,” kata YB Menteri Kerja Raya dalam sidang media selepas memeriksa dan meninjau tapak projek naik taraf HKL itu.

Ujarnya lagi kontraktor itu perlu membersihkan tapak berkenaan dan semua kerja-kerja pembinaan dalam tempoh tujuh hari.

Usaha ini adalah selaras dengan penubuhan pasukan Petugas Khas bagi menangani peningkatan kes denggi yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1

PETALING JAYA, 25 Ogos – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengadakan sesi taklimat kepada media berhubung pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang akan dilaksanakan bermula 1 September 2014.

Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Pelaksanaan sistem ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengatasi masalah kesesakan disebabkan oleh pengguna yang beratur untuk membayar tol secara tunai di kedua-dua plaza tol tersebut.

Secara umumnya, lorong elektronik Touch ‘n Go dan SmartTAG berupaya mengendalikan 550 dan 1,000 transaksi tol dalam masa satu jam berbanding Lorong Tunai yang berupaya mengendalikan 400 transaksi tol dalam tempoh yang sama.

Sebagai persediaan, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai pra bayar RM5) dengan harga promosi RM5 di lorong-lorong tambah nilai dan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di kedua-dua plaza tol terbabit sehingga 30 November ini.

Taklimat yang diadakan di Dewan Bankuet, Persada PLUS ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir Hj Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.

1

KAPIT, 25 Ogos – Komitmen Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam pembangunan infrastruktur jalanraya diteruskan dengan lawatan kerja YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya ke kawasan sekitar Kapit.

Pada lawatan ini juga, YB Menteri telah merasmikan Jalan Rh. Kuta/SK. Rantau Panjai yang terletak 60 kilometer dari Kapit.

Beliau turut melawat Jalan Ulu Sibau/Ng. Antaroh hingga Rh. Juntan.

Taklimat projek telah disampaikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

1

KAPIT, 25 Ogos – Komitmen Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam pembangunan infrastruktur jalanraya diteruskan dengan lawatan kerja YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya ke kawasan sekitar Kapit.

Pada lawatan ini juga, YB Menteri telah merasmikan Jalan Rh. Kuta/SK. Rantau Panjai yang terletak 60 kilometer dari Kapit.

Beliau turut melawat Jalan Ulu Sibau/Ng. Antaroh hingga Rh. Juntan.

Taklimat projek telah disampaikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

1

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof hari ini merasmikan Pejabat dan Pusat Perkhidmatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) di Jalan Chan Sow Lin.

Pejabat serta Pusat Perkhidmatan yang serba baharu tersebut dipindahkan ke lokasi ini daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi memberi lebih keselesaan kepada pelanggan.

Selain tempat letak kereta yang mencukupi dan percuma untuk pelanggan, CIDB Kuala Lumpur juga menyediakan ruangan menunggu yang lebih luas, serta cafeteria untuk kemudahan pelanggan.

Sebagai respon kepada kehendak penggiat industri, CIDB KL juga menyediakan tujuh kaunter perkhidmatan untuk membuat pendaftaran kontraktor dan personel binaan di mana Pusat Perkhidmatan CIDB KL menerima lebih daripada 300 pelanggan setiap hari.

Jumlah kontraktor berdaftar di Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2014 adalah 7,068 syarikat, iaitu jumlah ketiga terbesar selepas Sabah (9,893) dan Selangor (10,780).Manakala jumlah kontraktor berdaftar di seluruh negara dalam tempoh yang sama adalah 66,725.Disamping itu, jumlah personel binaan yang berdaftar di Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2014 pula adalah seramai 161,388 orang. Angka ini adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah personel binaan berdaftar dalam keseluruhan tahun 2012 iaitu 75, 835.

Dari segi nilai projek pembinaan pula, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM8.4 bilion daripada nilai RM39 billion yang direkodkan di seluruh negara sehingga akhir Jun 2014. Menurut statistik, sebanyak RM6 billion daripada nilai tersebut disumbangkan oleh projek-projek pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Timbalan Menteri Datuk Rosnah bin Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutifnya Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

1

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Majlis perasmian Konvensyen Antarabangsa Juruukur Bahan (QSIC) 2014 telah diadakan bersekali dengan Malam Anugerah Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) hari ini bertempat di Hotel Pullman, Bangsar.

Perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Konvensyen tahunan yang bertemakan “Wind of Change” ini dianjurkan bersama oleh LJBM, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya (JKR), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) dan Universiti Taylor’s.

1

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Sesi perjumpaan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P & P) Gred 41 dan 44 telah diadakan di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya hari ini dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang pegawai.

Objektif sesi suai kenal ini adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala selain menjadi pentas perbincangan dan perkongsian idea baharu para pegawai muda dengan pihak pengurusan atasan.  Ini diharap dapat menerap semangat bergerak bersama ke arah haluan yang seiring dengan agenda transformasi Kerajaan.

Pada majlis tersebut, YBhg Datuk Zohari Haji Akob, KSU KKR turut menekankan pembudayaan Cepat, Tepat dan Berintegriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti, Inovasi (PCI) dalam urusan kerja seharian setiap pegawai. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Sarani Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

1

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan di Dewan tan Sri Mahfoz Khalid bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan warga Kerja Raya dan agensinya.

Majlis ini diadakan secara sederhana sebagai menghormati mangsa dan ahli keluarga nahas pesawat MH17.

Istimewanya sambutan kali ini turut disertai delegasi dari negara Jepun yang diketuai oleh TYT Akihiro Ohta, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.

Pada majlis ini juga, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dan kanak-kanak taska KKR.

1

KUALA LUMPUR, 14 Ogos -- Menteri Kerja Raya YB Datuk Haji Fadillah Yusof menerima kunjungan hormat rombongan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, TYT Akihiro Ohta di pejabatnya di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi serta Pengarah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR), YB Menteri dan TYT Akihiro Ohta turut berbincang tentang pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di samping turut bertukar pandangan dalam perkara yang melibatkan Kementerian.

TYT Okihiro juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada Malaysia terhadap peristiwa pesawat MH 17 dan MH 370.