Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

1

KUCHING, 6 Disember - Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan seminar Himpunan IBS Bumiputera Kebangsaan selama dua hari bermula hari ini bertempat di Hotel Pullman, Kuching.

Tujuan penganjuran seminar ini adalah adalah memberi pendedahan kepada kontraktor dan usahawan binaan Bumiputera bahawa Sistem Binaan Berindustri atau lebih dikenali sebagai Industrialised Building System (IBS)  mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan reka bentuk pembinaan, mempercepatkan tempoh pembinaan serta seterusnya mengurangkan tahap kebergantungan terhadap pekerja asing dalam industri pembinaan negara.

Menurut ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, pelaksanaan Industrialise Building System (IBS) ini telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan melalui 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK 1/2013 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mana seterusnya didokong kuat menerusi Roadmap IBS 2011–2015 yang disediakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Malah menurut beliau lagi, dalam Rolling Plan Ke–4, Rancangan Malaysia Ke–10 (RMKe–10), sejumlah 161 buah projek atau 19% daripada 848 jumlah keseluruhan projek bangunan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya yang dilaksanakan secara IBS.

PAPAR, 5 Disember – Lawatan kerja pihak pengurusan Kementerian Kerja Raya (KKR) ke dua lokasi projek naiktaraf Lebuhraya Pan-Borneo jajaran Sabah telah diadakan bagi melihat kemajuan kerja projek-projek tersebut.

Dua lokasi tersebut adalah Projek Naiktaraf Jalan Petagas ke Lok Kawi, Pakej 1A dan 1B yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala dan Projek Naiktaraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, Pakej 1A dan 1B yang dinaiktaraf kepada 4 lorong 2 hala.

Projek naik taraf  ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan pengguna dan dalam masa yang sama, membantu menyuraikan kesesakan lalulintas.

Rombongan KKR diketuai YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan disertai timbalannya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.  Taklimat kemajuan kerja pula telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Dato’ Ir. John Anthony.

SUBANG, 25 November - ITS Malaysia (ITSM), dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah menganjurkan satu seminar bertajuk “State of Industry and Future of Intelligent Transport System (ITS) in Malaysia” hari ini bertempat di Persada PLUS.

Seminar yang dihadiri oleh seramai 150 peserta ini  diadakan selama sehari. Tujuan seminar adalah untuk memberi fokus kepada industri ITS di Malaysia  supaya dapat memberi peluang dan keperluan kepada industri dalam meningkatkan kesedaran, komitmen dalam industri ITS  pada masa kini dan akan datang antara pihak awam dan swasta.

Antara objektif seminar adalah untuk menyediakan platform untuk agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan ITS berbincang dan bertukar pengalaman yang menjurus kepada keperluan industri dalam penggubalan dasar dan strategi pembangunan ITS di negara ini.

Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Md. Salleh, Presiden ITS Malaysia yang juga merupakan Ketua Pengarah LLM.

PETALING JAYA, 20 November – Building Materials Distributors Association of Malaysia (BMDAM) telah menyambut ulangtahunnya yang ke 38 tahun dan ia telah diraikan dalam satu majlis makan malam di Hotel Sunway Resort and Spa hari ini.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh  Encik Yang Kian Lock, presiden BMDAM manakala perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. 

Persatuan yang ditubuhkan sejak 1976 ini merupakan persatuan yang mengumpulkan pembekal dan pengedar bahan binaan selain bertindak sebagai suara pemain industri binaan untuk menyampaikan hasrat mereka kepada pihak Kerajaan dan persatuan lain.

KUCHING, 16 NOVEMBER - Seramai 100 orang pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sarawak diraikan dalam Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Hotel Pullman Sarawak di sini hari ini.

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, telah sudi merasmikan majlis  tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Dalam ucaptamanya, beliau menyatakan daripada jumlah keseluruhan latihan yang dijalankan oleh ABM di seluruh Malaysia yang kini mencecah 286,000 orang, ABM Sarawak telah berjaya melahirkan 12 peratus alumni yang bukan sahaja berjaya membantu menaikkan taraf hidup keluarga masing-masing malah ada diantara mereka yang turut berjaya membuka syarikat sendiri dan memperolehi pendapatan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Para graduan telah menerima sijil kecekapan kemahiran masing-masing dalam tujuh bidang iaitu, Pemasangan Perancah (Scaffolding), Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal (Air Conditioning & Mechanical Ventilation), Operasi Kren Bergerak (Mobile Crane Operation), Pendawaian Grade 2 (Wireman Grade 2), Chargeman, Lukisan Pelan Senibina (Architectural Drafting) dan Kimpalan (Welding). ABM Wilayah Sarawak berjaya melahirkan 35,000 pekerja mahir di dalam pelbagai bidang pembinaan sejak ia diwujudkan 17 tahun lalu di negara ini.

Pada majlis itu juga, satu majlis bertukar memorandum persefahaman antara ABM dan beberapa syarikat turut diadakan bagi meneruskan program usahasama ABM dan Industri di dalam penyediaan latihan yang lebih kompetitif dan efektif.

Antara syarikat yang terlibat dalam kerjasama itu termasuklah, Konsultant Timur, Sarawak Consolidated Industries Berhad – SCIB, Borneo Safety Training Services – BSTS, dan Smart Paints (M) Sdn Bhd.