Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

SEKINCHAN, 20 OGOS 2018: Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir ke Sekinchan bagi menghadiri sesi taklimat taklimat berkenaan Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FT05) Dari Tanjong Karang Ke Sabak Bernam, Selangor.

Lawatan YB Timbalan Menteri Kerja Raya ini bertujuan untuk mengetahui status semasa projek menaiktaraf jalan ini disamping untuk melawat lokasi kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut.

Sebagai tanda prihatin Kementerian, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa kemalangan yang berlaku berhampiran lokasi tapak projek.

Turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Seri Ir. Roslan Bin Md.Taha dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Dato' Abdul Razak Bin Jaafar.

1

JOHOR BAHRU, 19 OGOS 2018: Satu lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellent) di TWI-ABM, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan telah diadakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir bertempat di ABM Tampoi, Johor Bahru.

Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah melawat beberapa bay latihan seterusnya mendengar taklimat mengenai ABM Wilayah Selatan, Johor dan Taklimat Centre of Excellence (CoE)  oleh wakil daripada ABM. 

YB Timbalan menteri juga telah diperkenalkan kepada peserta- peserta yang mewakili Malaysia ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) yang akan berlangsung di MPACT Arena, Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand dari 26 Ogos hingga 5 September 2018 serta Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB). YB Timbalan Menteri juga dibawa menyaksikan demonstrasi ujian pressure vessel yang dijalankan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menghantar wakil seramai 46 orang yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Antarabangsa KKR En. Azman bin Ibrahim dan akan bertanding dalam tujuh bahagian iaitu Welding, Bricklaying, Wall & Floor Tiling, Refrigeration & Air Conditioning, Mechanical Engineering Design – CAD, Electrical Installations, dan Joinery.
Sebelum mengakhiri lawatan, YB Timbalan Menteri mengadakan sesi fotografi kenangan bersama staf dan kakitangan ABM. 

Turut Hadir Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board,CIDB) Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

1

SHAH ALAM, 17 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato' Haji Mahfoz Omar hadir ke Majlis Amanat Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) yang akan berlangsung di Bangkok Thailand dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar & Kemahiran Lanjutan (The Centre for Instructor and Advanced Skill Training, CIAST) Shah Alam.

Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) akan berlangsung dari 26 Ogos hingga 5 September 2018 dan dalam pertandingan ini, Malaysia telah menghantar seramai 131 orang delegasi rasmi diketuai oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Ts Nidzam bin Kamarulzaman merangkumi 24 bidang yang disertai dari 25 bidang yang dipertandingkan.

Majlis disempurnakan dengan oleh YB Dato' Haji Mahfoz Omar dengan amanat yang disampaikan kepada para peserta yang mengambil bahagian sebelum diteruskan dengan sesi pembacaan ikrar, penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen dan penyerahan cenderahati kepada para Pakar Pengajar bagi pertandingan kali ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board,CIDB) Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid

1

PUTRAJAYA, 17 OGOS 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian telah hadir ke Majlis Penyerahan Felo Perdana anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seramai 60 orang graduan dari dalam dan luar negara ditempatkan di kesemua 27 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara bertujuan untuk membantu Menteri Kabinet dalam urusan pentadbiran kerajaan dan menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Tempoh mereka ditempatkan adalah antara enam minggu hingga tiga bulan.

Perdana Menteri dalam ucapannya berharap agar program ini membuahkan hasil dan yakin dengan minat dan semangat yang ditunjukkan oleh generasi muda maka banyak pencapaian akan diperolehi melalui sistem ini. 

Daripada 60 orang peserta Felo Perdana yang baru dilantik ini, dua orang felo telah ditempatkan di Kementerian Kerja Raya iaitu Nur Nazurah binti Mohd Nasir yang merupakan graduan daripada University of Sydney, Australia dan Tan Chee Yong yang merupakan graduan daripada King’s College, London.

1

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2018: Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2018 Peringkat Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian bertempat di hadapan Lobi Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Program ini merupakan simbolik bermulanya Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya dengan tema pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya dan Agensi.

Aturcara majlis termasuk sesi penyerahan bendera oleh YB Menteri Kerja Raya kepada Ketua- ketua Agensi dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi kementerian. 

Menteri Kerja Raya dalam ucapan beliau mengucapkan syukur kerana dapat bersama- sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang disamping menyeru kepada warga KKR supaya turut bersama-sama menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan untuk menyemai dan seterusnya menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

Turut memeriahkan majlis Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBhg. Datuk Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) YBhg. Dato' Abdul Razak Bin Jaafar, dan ketua- ketua bahagian serta agensi

1

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2018: Menteri Kerja Raya Telah Merasmikan Hari QLASSIC 2018 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hari QLASSIC merupakan satu acara tahunan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB) bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem penilaian kualiti dalam industri tempatan disamping bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf pemaju industri pembinaan yang telah mencapai prestasi tinggi. 

Pada Majlis ini sebanyak 25 pemaju, 31 kontraktor, dan 32 arkitek telah menerima Anugerah Hari QLASSIC kerana telah memperoleh lebih 80 markah daripada 37 buah projek pembinaan antaranya Anugerah Khas Bagi Markah QLASSIC Tertinggi Kategori Bangunan Kerajaan iaitu bagi Projek Ibupejabat SPRM (7G1) Precint 7 Putrajaya yang mana anugerah diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd selaku pemaju, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd selaku kontraktor dan Arqhitectnia selaku arkitek. Manakala anugerah tertinggi iaitu "Best of The Best QLASSIC Achievement Award 2018" adalah projek Azalea 2 / Phase NU6B2, Nilai Impian, Negeri Sembilan yang mana anugerah diberikan kepada Sime Darby Property Berhad selaku pemaju, Idaman Ikhlas Sdn Bhd selaku kontraktor dan Neuformation Architects Sdn Bhd selaku arkitek.

Berdasarkan statistik, sistem QLASSIC telah membawa perubahan dari segi peningkatan kualiti projek pembinaan bangunan iaitu dari 10 projek dari pada tahun 2013 ke 37 projek pada tahun 2017.

YB Tuan Baru Bian dalam ucapan beliau berkata sistem QLASSIC merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia dapat memberi penilaian secara objektif terhadap kualiti mutu kerja projek pembinaan melalui sistem permarkahan.
 
Majlis ini juga telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak CIDB dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dimana penilaian melalui sistem QLASSIC akan digunakan sebagai syarat untuk mendapat pinjaman dana dari BPMB.

Majlis Diteruskan dengan Penyampaian Anugerah QLASSIC 2018 sebelum diakhiri dengan sesi pembentangan oleh Pemenang Terbaik Anugerah QLASSIC 2018. 

Turut Hadir Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ IR. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid, dan Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi Datuk Ir. Elias Ismail

1

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah membacakan teks Ucapan Perasmian mewakili Menteri Kerja Raya bagi Seminar Statistics, Indices in Construction and Automation (SICA 2018) di Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. 

Seminar ini merupakan Seminar yang dianjurkan buat tahun keempat anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, Malaysia (CIDB).) dan Lebih 250 peserta industri pembinaan hadir bagi berkongsi maklumat berkenaan Data Raya (Big Data) yang berkaitan dalam industri pembinaan. Data Raya (Big Data) boleh didefinisikan sebagai satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet.

Bertemakan “Building A Big Data Community For Construction In Malaysia”, Seminar ini bertujuan untuk mempromosikan pengadaptasian polisi data-driven dan amalan perniagaan. 

Antara perbincangan yang dijalankan berdasarkan tema termasuklah memanfaatkan Data Raya (Big Data)   dalam sektor industry, Risiko dan Peluang Pengurusan, Pengajaran yang dipelajari dari pemain dari pelbagai bidang dan mengenalpasti trend pembinaan dengan data analisis. Perbincangan ini turut mengetengahkan isu dan penyelesaian berkaitan dengan Data Raya (Big Data).

Menteri Kerja Raya dalam ucapannya berkata penggunaan Data Raya (Big Data) merupakan topik penting yang mempunyai ramalan kearah masa depan sektor pembinaan Negara serta yakin bahawa segala perbincangan berkaitan Data Raya (Big Data) dapat memberi manfaat kepada perniagaan sektor pembinaan.

1

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2018: Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Kementerian Kerja Raya sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga Kementerian Kerja Raya dan agensi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang sepanjang tahun 2017. 

Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017 bertemakan “Pekerja Berdedikasi Misi Direalisasi” dan telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian. 

Secara keseluruhannya, seramai 864 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya dan Agensi telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Antaranya termasuklah 74 Orang Penerima daripada Kementerian Kerja Raya, 679 orang daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), 28 orang daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan 83 orang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board,CIDB). 

Mendahului senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang ialah Puan Roziawati Binti Razali yang bertugas sebagai Jurutera Awam Kanan (J48) di Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya telah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2016 yang telah disampaikan oleh Menteri kerja Raya YB Tuan Baru Bian.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Akob, Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Ketua Eksekutif  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) YBhg. Dato’  Ir. Ahmad Asri Bin Abdul Hamid, dan Timb Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) YBhg. Dato Sr. Aziz Bin Abdullah. 

Kementerian Kerja Raya Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian anda akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang demi keselesaan rakyat.

1

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2018: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Kerja Raya telah menerima Penaung dan Timbalan Penaung yang baharu iaitu YBhg. Puan Yu Chiing Sieu dan YBhg. Puan Hjh. Azizah Che Mat dalam satu majlis suai kenal Penaung dan Timbalan Penaung bersama Ahli Jawatankuasa PUSPANITA KKR. 

Turut Hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Zohari Haji Akob serta Timbalan Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Haji Sarani Dollah.

1

KANGAR, 3 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir  telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis di Kangar dan disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman serta pengurusan atasan negeri dan persekutuan. 

YB Timbalan Menteri Kerja Raya kemudian dibawa untuk sesi taklimat berkenaan JKR Perlis disamping status projek- projek infrastruktur di Negeri Perlis. YB Timbalan Menteri juga diberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Projek Kompleks Pentadbiran Negeri Perlis yang masih dalam pembinaan. 

Acurcara lawatan YB Timbalan Menteri Kerja Raya diteruskan dengan lawatan tapak ke Tapak Projek Kompleks Pentadbiran Negeri Perlis untuk melihat status dan perkembangan terkini mengenai pembinaan kompleks ini.