Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR,  25 September  –  Warga Kerja Raya hari ini telah berhimpun untuk bersama-sama mendengar ucapan yang julung kalinya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) yang mula berkhidmat di KKR pada 21 Julai 2014.

Dalam ucapannya, Dato’ Zohari menerangkan usaha Kementerian dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam pengurusan jalanraya melibatkan aspek perancangan, pembinaan, penyenggaraan dan keselamatan.

Turut disentuh adalah pelaksanaan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal berkuatkuasa bermula 1 April 2015 dan peranan warga Kerja Raya dalam memahami seterusnya menyemai persepsi positif terhadap dasar tersebut.

Di akhir ucapannya, Dato’ KSU menyeru semua kakitangan agar membudayakan integriti dalam urusan seharian dengan “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”.

Turut hadir adalah Timbalan KSU Kementerian serta Pengarah-pengarah Agensi.

1

KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mensasarkan akan melatih 28,000 personel binaan tahun ini dalam pelbagai bidang yang mempunyai permintaan tinggi dan dijangkakan sekurang-kurangnya 80 peratus akan terus diserapkan dalam industri sebaik sahaja tamat latihan.

Demikian intipati ucapan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Yusof, sewaktu merasmikan dan menyampaikan sijil kecekapan kemahiran kepada 300 graduan pada Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah Timur dan Utara milik CIDB, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut YB Datuk Haji Fadillah Yusof juga telah sudi menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh rakan strategik ABM, termasuk lima syarikat pembinaan antarabangsa iaitu Cementaid Sdn Bhd, Lend Lease Projects (M) Sdn Bhd, UAC Berhad, BWYS Group dan Urbanisma Consulting Group (UCG) serta Yayasan Pelajaran MARA dan persatuan Kontraktor Jentera Melayu Malaysia (PKJMM) bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam bidang latihan pembinaan berimpak tinggi.

Pada tahun lepas, CIDB telah berjaya melatih 27,424 personel binaan dan 75 peratus daripada mereka telah berjaya mendapat perkerjaan. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, ABM juga telah berjaya melatih hampir 200,000 personel binaan.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 23 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berkerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Antarabangsa (IHRDC) membangunkan program E-Training and Knowledge Solution yang disasarkan kepada tenaga mahir industri binaan tempatan.

Tujuan program ini ialah menyediakan kaedah yang fleksibel dan kos efektif dalam peningkatan ilmu dan kemahiran personel industri binaan melalui kursus atas talian tanpa mengganggu tugas harian.

Kursus-kursus yang ditawarkan mempunyai modul yang perlu disempurnakan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi membolehkan peserta memiliki persijilan bertaraf Antarabangsa.

Program ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dalam satu majlis di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific dan penerangan program ini telah disampaikan oleh Encik Timothy D.A Donohue, Naib Presiden eLearning Solutions, IHRDC.

1

KOTA BHARU, 22 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Kelantan bagi melihat kemajuan kerja projek di bawah seliaan Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri Kelantan.

Projek yang dilawati adalah Projek Cadangan Membina Blok Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre) dan Haemodialisis Hospital Raja Zainab II, Kota Bharu, serta bangunan-bangunan sokongan.

Projek ini merupakan projek Kementerian Pelanggan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada sebelah petangnya, Datuk Haji Fadillah telah merasmikan Kursus Pemantapan Integriti Kontraktor anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) KKR bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Kursus ini dihadiri lebih 200 kontraktor Bumiputera dan diadakan bagi memberi kesedaran akan kepentingan integriti dalam urusan seharian selain membolehkan para kontraktor untuk memohon dan memperbaharui Lesen Taraf Bumiputera.

1

KOTA BHARU, 22 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Kelantan bagi melihat kemajuan kerja projek di bawah seliaan Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri Kelantan.

Projek yang dilawati adalah Projek Cadangan Membina Blok Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre) dan Haemodialisis Hospital Raja Zainab II, Kota Bharu, serta bangunan-bangunan sokongan.

Projek ini merupakan projek Kementerian Pelanggan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada sebelah petangnya, Datuk Haji Fadillah telah merasmikan Kursus Pemantapan Integriti Kontraktor anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) KKR bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Kursus ini dihadiri lebih 200 kontraktor Bumiputera dan diadakan bagi memberi kesedaran akan kepentingan integriti dalam urusan seharian selain membolehkan para kontraktor untuk memohon dan memperbaharui Lesen Taraf Bumiputera.

1

GEORGETOWN, 19 September – Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan bermula April tahun 2015 turut melibatkan sektor pembinaan negara. Justeru, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor Usahawan (BPKU) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar GST kepada Kontraktor dan Usahawan Binaan Bumiputera sekitar Pulau Pinang.

Seminar ini memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu tentang impak dan faedah pelaksanaan GST, bertukar pandangan serta mendapatkan maklumat mengenai tatacara dan prosedur pendaftaran syarikat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pendaftaran e-voucher oleh SME Corp.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya. Taklimat pelaksanaan GST telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zulkifli bin Yahya, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Setiausaha BPKU, Dato' Yahaya Hassan.

1

KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2013 di Hotel Majestic hari ini.

MCIEA yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia sejak tahun 2000 itu menyaksikan sebanyak 230 penyertaan diterima untuk 21 anugerah dalam enam kategori yang dipertandingkan.

Enam kategori yang dipertandingkan itu ialah Anugerah Kontraktor Terbaik, Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Khas, Anugerah Individu  dan Anugerah Tokoh Jurubina.

Para hakim untuk MCIEA 2013 ini terdiri daripada ketua panel Tan Sri Jamilus Hussein (Pengerusi dan CEO, KLIA Premier Holdings Sdn Bhd), Datuk Seri Esa Mohamed (Pengarah Urusan, Akitek Jururancang (M) Sdn Bhd), Datuk Ng Seing Liong (Pengarah Urusan, Kota Kelang Development Sdn Bhd), Datuk Azlan Karim (CEO, Putrajaya Holdings Bhd) dan Datuk Sri Kandan Kanagainthiram (Pengarah Urusan, KPK Quantity Surveyors (Semenanjung) Sdn Bhd.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia, Tan Sri Dr. Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Sri Ir Judin Abdul Karim.   

1

KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2014 dengan mengajak para pemain industri binaan untuk bersungguh - sungguh menerapkan amalan kelestarian dalam industri binaan.

Acara yang bertemakan “Building a Better Tomorrow” ini berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 17 hingga 23 September 2014.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan penganjuran kali ke-14 untuk acara yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Bermula tahun 2014 juga, ICW 2014 turut diadakan bersekali dengan program Ecobuild Asia Tenggara yang merupakan pentas penggiat dan pembekal bahan binaan tempatan dan antarabangsa berkumpul berkongsi teknologi terkini.

ICW 2014 disertai 300 syarikat daripada 24 negara termasuklah China, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom dan dihadiri lebih 15 ribu orang pengunjung.

1

TUMPAT, 13 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor Usahawan (BPKU) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Bangunan – Ubahsuai (B28) di Sekolah Kebangsaan Bunohan disini hari ini.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin dan dihadiri oleh lebih 120 orang Kontraktor Bumiputera gred G1 dan G2 negeri Kelantan.

Kursus yang berlangsung selama sehari ini bertujuan memberi pengetahuan kepada kontraktor bumiputera teknik pengubahsuaian bangunan yang betul disamping menambah sub kepala pendaftaran kontraktor.

Turut hadir ialah Setiausaha BPKU, Dato' Yahaya Hassan dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Datuk Ir Syed Abdul Rahman Syed Abdullah.

1

KUALA LUMPUR, 2  September -  Seminar on Tunnels and Underground Space Structure anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) sedang berlangsung dari 2 hingga 4 September 2014 di Hotel Istana.

Seminar ini memberi fokus kepada perbincangan dan perkongsian idea berhubung kejuruteraan terowong dan ruang bawah tanah yang mampu memberikan impak positif dari segi penggunaan ruang kepada masyarakat sekitarnya.

Storm Water Management and Road Tunnel (SMART) yang telah dibuka pada Mei 2007 merupakan satu contoh pembangunan mampan ruang bawah tanah yang tidak hanya menggunakan ruang bawah tanah, tetapi menggunakannya untuk menggabungkan fungsi sedia ada untuk masyarakat.

Perasmian seminar yang bertemakan ‘Towards Sustainable Space Development’ ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof hari ini.

YB Datuk Fadillah turut menyeru kepada institut pengajian tinggi terutama universiti supaya memasukan bidang teknologi terowong dalam sukatan pelajaran dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini.