Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2017: Seiring dengan hasrat kerajaan pihak Kementerian Kerja Raya telah melancarkan Hari Sukan Negara peringkat Kementerian bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Atur cara dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Atur cara diteruskan dengan senamrobik, 1KM Fun Run dan Telematch iaitu bola tampar dan futsal bagi lelaki dan wanita. Manakala acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak berlangsung di dewan. Majlis diakhiri dengan atur cara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

1

KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 : Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan 12 wartawan dan jurugambar dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP 2017). AMP 2017 yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof sempena Malam Penghargaan Media KKR, merupakan satu pengiktirafan terhadap karya kewartawanan pembinaan tempatan terbaik bagi Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana, peranan media sangat penting dalam memberikan pemahaman kepada masyarakat terhadap agenda transformasi nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP) yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11. Selaras dengan itu, pihak CIDB dan KKR menganjurkan AMP setiap tahun sebagai platform untuk para media yang berkarya sekaligus membantu CIDB menghebahkan segala inisiatif dan pencapaian lebih-lebih lagi di saat CITP berada di titik tengah pelaksanaannya jelas Dato’ Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, AMP telah menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pengamal media seluruh negara. Bagi tahun 2017, AMP yang mendapat kerjasama KKR dan Malaysia Press Institute (MPI) menerima penyertaan sebanyak 144 penyertaan daripada Semenanjung Malaysia membabitkan media cetak, eletronik dan online. AMP dibahagikan kepada tiga kawasan liputan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak. Setiap kawasan liputan melibatkan tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Media Cetak (Berita & Rencana), Kategori Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rancana) dan Kategori Fotografi. Antara pemenang untuk AMP 2017 bagi Semenanjung Malaysia, Kategori Media Cetak (Berita & Rancana) dimenangi Ang Hui Hsien dari Focus Malaysia, tempat kedua dimenangi oleh Syed Jaymal Zahiid dari Malay Mail dan tempat ketiga dimenangi oleh Shalini a/p Ravindran dari The Star. Bagi Kategori Media Penyiaran Elektronik & Video Portal Berita tempat pertama dirangkul oleh Hilal bin Azman dan Samsulkamal bin Abdul Latip dari Astro Awani, tempat kedua Wan Eizzul Islam Wan Zulkifli dan Khairul Azwan Khalil dari NTV7 dan tempat ketiga Mohd Safwan dan Mohd Jufri Mohd Judin dari TV3. Manakala, Kategori Fotografi, Lek Kah Meng dari Sin Chew Daily mendapat tempat pertama, manakala Mohamed Sairien Mohamed Nafis dari New Straits Times tempat kedua dan tempat ketiga Puspanathan a/l Periannan dari The Star. Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM90,000 untuk semua kawasan liputan termasuk sijil penyertaan dan trofi.

1

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2017 : Majlis Perasmian Quantity Surveying International Convention 2017 (QSIC) telah berlangsung di Hotel Sunway Putra. Konvensyen ini berlangsung selama dua hari dari 11 Oktober sehingga 12 Oktober 2017. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Fadillah Yusof dan ucaptama telah disampaikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.

QSIC 2017 merupakan kali ke-16 siri Quantity Surveying International Convention semenjak penubuhan pada tahun 2001. Untuk QSIC 2017 terdapat lima sesi perkongsian dan perbentangan kertas kerja dari agensi yang terlibat. QSIC 2017 dianjurkan bersama oleh Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Universiti Malaya (UM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysian Highway Authority (MHA) dan Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB). Konvensyen ini juga disokong oleh Persatuan Perunding Juruukur Bahan Bumiputera Malaysia (PPJBBM).

1

SHAH ALAM, 6 OKTOBER 2017 : Kementerian Sumber Manusia bersama dengan Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Amanat Kontigen Negara ke WorldSkills Competiton (WSC) bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.

Majlis amanat telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan turut dihadiri oleh Ketua Kontigen iaitu YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

WorldSkills Competition (WSC) adalah pertandingan kemahiran peringkat dunia yang dikendalikan oleh Worldskill International (WSI). Sehingga kini sebanyak 77 negara yang telah menjadi ahli organisasi Worldskills. Sebanyak 50 bidang kemahiran (Skills area) yang dipertandingkan pada WorldSkills Competition (WSC).

Tujuan utama WorldSkills Competitions (WSC) adalah untuk memperkasakan bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET) ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai salah satu alat utama transformasi sosioekonomi negara. Malaysia menjadi ahli Worldskill International (WSI) sejak tahun 1993 dan pada tahun tersebut Malaysia telah menyertai buat kali pertama WorldSkills Competition (WSC) di Chinese Taipei.

WorldSkills Competitions (WSC) Abu Dhabi 2017, Malaysia akan menyertai 20 bidang yang melibatkan 21 peserta. Peserta yang dipilih adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik (best among the best) terdiri daripada pemenang pertandingan di peringkat kebangsaan (Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia 2015) dan pertandingan di peringkat ASEAN (ASEAN Skills Competitions 2016).

Pada 2016, Malaysia selaku tuan rumah, telah berjaya menganjurkan ASEAN Skills Competition (ASC) di Malaysia Agro Exposition Park (Maeps) Serdang pada 19 hingga 29 September 2016 dan telah berjaya menarik hampir 150,000 pengunjung. Pada pertandingan tersebut , Malaysia telah berjaya menjadi juara keseluruhan dengan membawa pulang 22 pingat emas, 4 perak dan 5 gangsa.

Manakala pada WorldSkills Competitions (WSC) 2015 di Sao Paulo, Brazil Malaysia telah berjaya meraih 1 pingat gangsa (Hairdressing) dan12 pingat Medallion of Excellence. Sasaran pingat di WorldSkills Competitions (WSC) Abu Dhabi adalah 5 pingat dan sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Pada peringkat kebangsaan, penganjuran WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) diadakan pada setiap tahun untuk belia bawah umur 21 tahun. Ini bertujuan untuk memilih peserta-peserta yang akan bertanding ke ASEAN Skills Competitions (ASC) dan WorldSkills Competitions (WSC).

Pencapaian sebenar di sebalik memperolehi pingat adalah untuk mencapai hasrat negara menjadi negara maju dan melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berkualiti tinggi iaitu 35% tenaga kerja mahir menjelang 2020.

1

KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2017: Program Kembara Bahasa Kementerian Kerja Raya 2017 berlangsung selama dua hari pada 6 hingga 7 Oktober 2017. Pada hari pertama program dimulakan dengan majlis pendaftaran dan taklimat ringkas perjalanan program.

Seterusnya, program disambung dengan ucapan perasmian dan pelepasan para peserta program Kembara Bahasa oleh Ketua Setiausha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob ke Kuantan, Pahang. Hentian pertama bagi program adalah di R&R Termeloh, hentian kedua di Muzium Sungai Lembing manakala hentian ketiga di Lombong Bijih Timah Sungai Lembing.

Pada hari kedua Program Kembara Bahasa diteruskan dengan persembahan hasil penemuan program bahasa oleh peserta. Majlis penutup program kembara bahasa ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Haji Sarani bin Dollah.

1

KUALA LUMPUR, 26 September 2017: Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Kod Etika Kementerian Kerja Raya telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Perhimpunan dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pihak pengurusan tertinggi serta warga kerja Kementerian Kerja Raya.

Kod Etika KKR yang disediakan oleh Unit Integriti dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya dan dalam masa yang sama beliau turut mengalu-alukan kehadiran seramai 321 orang Pembantu Jurutera Awam (J29) baru yang melapor diri pada hari tersebut.

Dalam ucapannya Menteri Kerja Raya berkongsi kejayaan negara dalam pelbagai bidang yang mampu meletakkan negara berada pada landasan yang tepat kearah menjadikan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 sebagai satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

1

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2017 : Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil inisiatif bersepadu dalam merancakkan lagi penggunaan IBS di sektor swasta dengan tujuan bagi memastikan kaedah IBS digunapakai secara holistik di industri pembinaan negara demi untuk menjayakan dasar pembangunan kerajaan yang dekat dengan rakyat. YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dalam ucaptama di sesi townhall ini menegaskan industri pembinaan negara perlu melonjak ke satu tahap yang baru bagi memastikan IBS digunapakai secara meluas kerana impaknya yang tigggi kepada rakyat. Sesi townhall dengan tajuk Mekanisme Mewajibkan Penggunaan Kaedah IBS Dalam Industri Pembinaan yang diadakan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak sebagai panduan sebelum Kerajaan menerusi penguatkuasaan undang-undang mewajibkan penggunaan IBS dalam projek pembinaan swasta. Melalui kaedah IBS ialah dilihat oleh kerajaan sebagai inisiatif untuk memantapkan industri pembinaan di Malaysia. Melalui penggunaan IBS dapat mengurangkan tempoh pembinaan berbanding dengan kaedah konvensional.

Ia juga dapat menambahbaik kualiti pembinaan, menyumbang kepada produktiviti pembinaan dan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja tidak mahir. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penerapan kaedah moden, mekanisasi dan teknologi. Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-71 pada 10 Julai 2017 bersetuju dengan cadangan mewajibkan pelaksanaan IBS bagi projek pembinaan dalam sektor swasta yang bernilai RM50 juta dan ke atas melalui penetapan sebagai syarat dalam permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Pelan Struktur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengemukaan Pelan Bangunan dan Pelan Struktur berkait rapat dengan rekabentuk bangunan yang melibatkan skor IBS. Untuk memenuhi 50 skor IBS maka adalah sesuai dilaksanakan di peringkat ini di mana komponen-komponen IBS telah dikenalpasti. Ini memerlukan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) bagi proses pengemukaan pelan bangunan.

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) perlu mewartakan syarat ini dalam Pelan Bangunan dan Pelan Struktur untuk dikuatkuasakan oleh semua PBT. Selain daripada meminda UKBS 1984 untuk Kelulusan Pelan Bangunan, pindaan untuk memasukkan elemen kordinasi modular ke dalam UKBS 1984 juga akan dilaksanakan. Kordinasi modular (MC) adalah satu kaedah yang menentukan saiz yang seragam ke atas komponen IBS yang dihasilkan seterusnya mewujudkan amalan sistem terbuka. Sistem terbuka ini dapat mengurangkan kos penghasilan komponen IBS di kilang dan seterusnya menyumbang kepada penghasilan komponen berskala besar. Semenjak tahun 2008, penggunaan kaedah IBS dalam projek pembinaan Kerajaan yang bernilai RM10 juta dan ke atas telah diwajibkan. Sehubungan itu, Kerajaan berhasrat untuk memperluas penggunaan kaedah IBS dalam industri pembinaan bagi sektor swasta yang telah merekodkan projek pembinaan sebanyak 72% (4,851 projek) daripada jumlah keseluruhan projek pembinaan di Malaysia yang bernilai RM176.3 bilion pada tahun 2016.

Merujuk kepada stastistik pembinaan, projek perumahan menyumbang kepada 30% (RM38.1 bilion) daripada keseluruhan projek pembinaan di Malaysia pada tahun 2016. Sekiranya penggunaan IBS dikuatkuasakan bagi projek perumahan, ianya mampu untuk meluaskan penggunaan IBS. Dengan pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang mewajibkan pemaju memperolehi Permit Pengiklanan dan Lesen Pemajuan melaksanakan projek perumahan secara kaedah IBS maka penggunaan IBS dalam sektor swasta dapat dipertingkatkan.

1

SEREMBAN, 22 Jun 2017: Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), sekali lagi menganjurkan Acara Coffee Break sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. Ia diadakan dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia sebagai tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) dalam usaha ke arah meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya pada musim perayaan.

Melalui acara coffee break ini, pengguna jalan raya disediakan minuman kopi secara percuma bermula pada 22 hingga 23 Jun 2017, dan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pada 28 hingga 29 Jun 2017.

Acara ini dirasmikan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof di Stesen Petronas PSS Ampangan 2, FT51, Jalan Seremban - Kuala Pilah, Seremban, Negeri Sembilan. Ia turut dilancarkan serentak di 10 buah negeri di lokasi strategik dan popular yang menjadi tempat persinggahan semasa musim cuti perayaan seperti stesen minyak dan masjid.

Pemberian minuman kopi secara percuma diharapkan dapat memberi kesegaran semula (refresher) kepada pemandu yang keletihan dan dapat mengembalikan fokus pemanduan ke destinasi masing-masing dalam mengukir detik indah Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

1

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2017 - Jabatan Kerja Raya (JKR) buat julung kalinya pada tahun ini menganjurkan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia (HTK JKR) 2017 dalam usaha untuk menyebarluas peranan JKR sebagai agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia. JKR telah lama memberi kepakaran dan perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia sebagai pelaksana pembangunan infrastruktur dan prasarana utama negara, menguruskan aset serta penasihat teknikal kerajaan.

Objektif program ialah menjadikan HTK JKR platform kepada orang awam untuk mendapat informasi dan kesedaran tentang pentingnya pematuhan kepada aspek-aspek kejuruteraan dan teknikal dalam membangunkan negara yang maju lagi lestari demi masa depan kita semua. Pada kali ini program mensasarkan penyertaan masyarakat awam khususnya pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), pihak berkuasa tempatan dan agensi swasta. Selain itu, ia mendedahkan peranan JKR dalam membangun, mencorak dan menerapkan ciri-ciri `Best Engineering Practice’ ini ke dalam pelaksanaan pembangunan negara.

Melalui program seperti ini para peserta program akan mendapat pendedahan asas berkaitan kejuruteraan dan teknikal dari peringkat akar umbi. Sempena Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017, turut juga disampaikan Anugerah Tokoh JKR kepada Encik Omar bin Matek dan pengiktirafan kepada Pasukan Pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular.

JKR amat berbangga dengan adanya anugerah ini sebagai penghargaan kepada jasa warga JKR dalam usaha memartabatkan nama jabatan malahan memberi impak besar kepada JKR khasnya dan negara amnya. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Sebanyak 32 buah ruang pameran industri daripada pelbagai agensi telah menyertai pameran serta pameran jentera dari JKR dengan tujuan berkongsi pengetahuan berkaitan bidang teknikal dan industri kejuruteraan.

1

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2017 : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah meraikan pencapaian 43 pemaju dan kontraktor yang mendapat skor lebih daripada 80% berdasarkan kepada Quality Assessment System in Construction (QLASSIC). Anugerah telah disampaikan semasa QLASSIC Day yang mana merupakan satu acara tahunan untuk mempromosikan penggunaan sistem penilaian kualiti.

Pengiktirafan pemaju industri pembinaan yang mencapai prestasi tinggi juga merupakan sebahagian daripada usaha CIDB untuk mengubah sector pembinaan tempatan dan menggalakan pemaju meningkatkan muju kerja dalam sector pembinaan. QLASSIC Day 2017 merupakan tahun keempat yang telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Dato 'Sri Fadillah Yusof.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato 'Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid. Pemenang utama bagi QLASSIC Day ialah Perumahan Kinrara Berhad, ahli I & P Group. Mereka mencapai skor QLASSIC tertinggi sebanyak 85% untuk projek kediaman swasta Bandar Kinrara Fasa 8A5B. Kontraktor yang diiktiraf untuk membina projek ini ialah Vilabina Utara (M) Sdn Bhd, manakala firma arkiteknya adalah BEP Arkitek Sdn Bhd.

QLASSIC adalah satu sistem dan kaedah untuk menilai dan menilai kualiti mutu kerja projek-projek bangunan berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7), dan telah ditubuhkan sebagai satu cara untuk membandingkan kualiti mutu kerja antara projek pembinaan dengan sistem penilaian.