Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur Tel: +603-27111100 Fax: +603 - 2711 1590/1592
Berita
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA 2010

ikon baru saiz kecilMajlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kementerian Kerja Raya 2010 telah diadakan pada 2 September 2010 bertempat di Plaza Tol Gombak, (Arah timur), Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Majlis dirasmikan oleh Y.B Dato’Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya. Didalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran tersebut, YB Menteri telah mengumumkan kadar pemberian Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna lebuhraya.

WARGA KKR BERBUKA PUASA BERSAMA Y.B MENTERI KERJA RAYA

buka puasaKementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Y.B Dato’Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya pada 25 Ogos 2010 . Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan penyertaan warga dari semua peringkat .  Sumbangan warga Kementerian Kerja Raya telah disampaikan kepada ibu – ibu tunggal sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri .

MAJLIS PERASMIAN GALERI MUFORS

 mufors                         Majlis Perasmian Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS) telah diadakan pada 20 Ogos 2010.

MAJLIS BERBUKA PUASA Y.B MENTERI KERJA RAYA BERSAMA ANAK – ANAK YATIM

gambar buka puasaikon baru saiz kecil Majlis Berbuka Puasa Y.B Menteri Kerja Raya bersama anak – anak yatim bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan Al – Mubarak telah diadakan pada 19 Ogos 2010 . Majlis tersebut telah diadakan di Tropicana Damansara Golf & Country Resort .

LAWATAN KERJA KE CERUN RUNTUH DI SEKSYEN 98.1 , LALUAN FT185 JALAN SIMPANG PULAI - LOJING – GUA MUSANG

ikon baru saiz kecil  Lawatan Kerja Ke Cerun Runtuh Di Seksyen 98.1 , Laluan FT185 , Jalan Simpang Pulai – Lojing , Gua Musang telah diadakan pada 10 Ogos 2010. Menteri Kerja Raya , Y. B Dato’ Shaziman Abu Mansor berkata Kementerian Kerja Raya akan mengumpul data kesemua 16,000 cerun di Jalan Persekutuan seluruh negara bagi mengelak berlakunya kejadian cerun runtuh .

PEMBUKAAN SEPENUHNYA LEBUHRAYA KAJANG – SEREMBAN (LEKAS)

Majlis Pembukaan Sepenuhnya Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)  telah diadakan pada 9 Ogos 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya . Y.B Dato’Shaziman berkata Lebuhraya LEKAS bakal menjadi alternatif kepada Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merupakan laluan paling dekat ke Bera , Pahang.

MAJLIS PERASMIAN THE 7TH MALAYSIAN CONSTRUCTION SECTOR REVIEW and OUTLOOK SEMINAR

malaysian construction sectorMajlis Perasmian The 7th Malaysian Construction Sector Review and Outlook Seminar  telah diadakan pada 3 Ogos 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Thomas George, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya mewakili Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya .

LAWATAN KERJA BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA KE PROJEK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 2

gambar lawatan lebuhraya pantai timurProjek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa II  dijangka siap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada Jun 2012. Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya telah memberikan jaminan tersebut ketika beliau melawat Projek LPT Fasa II di Gemuruh – Pasir Tinggi pada 2 Ogos baru – baru ini.

RM30.5 JUTA NAIK TARAF EMPAT LALUAN STRATEGIK

gambar lembah klangEmpat laluan strategik melibatkan kawasan yang memberikan impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara telah diperuntukkan RM30.5 Juta oleh Kementerian Kerja Raya. Kenyataan tersebut telah diumumkan oleh Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya pada sidang akhbar semasa Lawatan Kerja beliau di beberapa lokasi sekitar Pelabuhan Klang pada 29 Julai.

MAJLIS PERASMIAN WAJAH BARU KAWASAN REHAT & RAWAT (R&R) SUNGAI PERAK (ARAH SELATAN)

gambar sg. perakMajlis Perasmian Wajah Baru Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak (Arah Selatan) telah diadakan pada 19 Julai di Kawasan Rehat dan Rawat  Sungai Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Dato’ Yong Khoon Seng yang mewakili Menteri Kerja Raya Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor.

Syndicate content