Langkau ke kandungan utama

Profil

VISI

Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara

 

MISI

  1. Memperkasakan pembangunan infrastruktur dan pengurusan aset menyeluruh.
  2. Memperluas pendigitalan industri pembinaan.

 

MOTO

Ke arah Kesejahteraan Rakyat

 

NILAI-NILAI BERSAMA

Kementerian Keraja Raya telah mengenalpasti lima (5) nilai bersama utama yang perlu diamalkan oleh warga Kerja Raya iaitu Profesionalisme, Responsif, Integriti, Kerja Berpasukan dan Inovatif.

 

1. PROFESIONALISME

Mempunyai kemampuan, kemahiran dan pelaksanaan yang sewajarnya untuk  mencapai kecemerlangan kementerian.

Antara elemen profesionalisme termasuklah :

  • Berilmu.
  • Berkemahiran.
  • Berkepimpinan.
  • Komunikasi berkesan.
  • Berfikiran terbuka.
  • Bedaya saing.
  • Positif.

2.RESPONSIF

Mengamalkan komunikasi yang baik dan bersegera dalam memberikan respons kepada rakyat.

Antara elemen responsive termasukklah :

  • Cepat memberikan respons kepada semua urusan pelanggan.
  • Mengemas kini perkembangan urusan sehingga selesai.

3. INTEGRITI

Mempunyai keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral positif yang tidak mudah dipemgaruhi dan terpelihara daripada segala bentuk penyelewengan demi mempertahankan nama baik Kementerian dan warga KKR.

Antara elemen integrity termasuklah :

  • Akauntabiliti.
  • Telus.
  • Amanah.
  • Jujur.

4. KERJA BERPASUKAN

Mempunyai kebolehan untuk membina hubungan baik dengan berinteraksi secara efektif bersama warga Kementerian bagi mencapai visi yang sama.

Antara elemen kerja berpsaukan termasuklah :

  • Bekerjasama.
  • Prihatin.
  • Saling berkongsi.
  • Hormat – menghormati.

5. INOVATIF

Inovasi merupakan satu elemen pemangkin yang merubah satu idea kepada satu tahap yang lebih baik dan efektif.

Antara elemen inovatif termasuklah :

  • Kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran.
  • Penghasilan output berkualliti.
  • Permuafakatan dan perbincangan sesama individu.
  • Pengenalan kea rah idea baharu.

FUNGSI KEMENTERIAN KERJA RAYA:

  1. Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar – dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.
  2. Menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan kewangan.
  3. Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya jalan raya, lebuhraya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP).
  4. Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
  5. Mengawal selia dan memantau kontrak penyenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di bawah kawalan KKR.
  6. Menerajui pelaksanaan Intelligence Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.