![]() |
Y.B. Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof Menteri Kerja Raya |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu, saya mengucapkan Selamat Datang dan selamat melayari portal Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai KKR dan jabatan serta agensi-agensi dibawahnya.
Portal ini juga dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih dekat mengenai organisasi, visi, misi dan fungsi KKR dan jabatan serta agensi-agensi dibawahnya. Selain itu, para pelanggan KKR dan orang ramai juga dapat mengemukakan sebarang aduan kepada KKR melalui e-Aduan. Mereka juga boleh memberikan pandangan dan cadangan untuk membantu Kementerian ini membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan.
Saya percaya bahawa sistem penyampaian yang bermutu mampu menjadikan pentadbiran sesebuah organisasi lebih efektif dan efisyen. Kementerian ini akan sentiasa mengamalkan sikap pro-aktif dalam menangani sebarang isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Akhir kata, saya berharap agar orang ramai sentiasa melayari laman web ini dan akan mendapat faedah dan manfaat daripadanya.
Terima kasih.
Y.B. Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 17/05/2013 - 9:34pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.