![]() |
Datuk Thomas George Ketua Setiausaha thomas@kkr.gov.my |
|
Selamat datang ke Portal Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sebagai sebuah Kementerian utama yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam dalam pembangunan negara, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyediakan maklumat serta perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkualiti kepada pelanggan-pelanggannya. Kandungan maklumat mengenai pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh Kementerian ini, diharap dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada para pelanggan Kementerian Kerja Raya. Kemudahan berurusan secara online seperti Permohonan Pendaftaran Pengeluar dan Pembekal Bahan Binaan Bumiputera, Permohonan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor, Permohonan Jawatan Kosong, maklumat tender, direktori, enjin gelintar, membuat aduan dan semakan aduan, dan sebagainya adalah diantara kemudahan yang disediakan demi memberi kemudahan dan meningkatkan lagi keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Portal ini dari semasa ke semasa sentiasa dikemaskini, bagi menyediakan maklumat yang terkini kepada para pelanggan. Sehubungan dengan itu, saya amat mengalu-alukan semua pelawat untuk memberikan pandangan yang membina, cadangan dan maklumbalas yang positif kepada Kementerian Kerja Raya demi untuk memantapkan lagi maklumat dan kemudahan yang disediakan. Melalui portal ini juga, adalah menjadi harapan dan impian saya semoga hubungan yang erat dan mesra antara warga Kerja Raya dan pelanggan dalaman atau pun luaran dapat dijalinkan dengan mudah. Selamat melayari portal Kementerian Kerja Raya Malaysia demi kepentingan bersama mencapai Misi Nasional. |
Datuk Thomas George