Langkau ke kandungan utama

Pengenalan EKSA

Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam di KKR sejak tahun 2013 merupakan satu pendekatan yang bersesuaian dan diterima baik oleh semua warga KKR. Walau bagaimanapun, KKR telah membuat peralihan daripada Amalan 5S kepada EKSA mulai tahun 2017 dalam usaha untuk merealisasikan program transformasi dan pemantapan perkhidmatan awam terutamanya di KKR. Peralihan ini dilihat sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan selaras dengan usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melahirkan identiti tersendiri.

EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan / agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan / agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa eleman baharu bagi menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif.

 

*Tarikh kemaskini akhir pada 18 Mac 2024