Langkau ke kandungan utama

Panduan Proses Kerja

Kementerian Kerja Raya adalah sebuah kementerian yang banyak berurusan dengan pelanggan-pelanggan seperti kontraktor,juru perunding, dan lain-lain syarikat swasta serta kementerian dan jabatan-jabatan lain kerajaan. Urusan ini terutamanya adalah berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan, lebuhraya dan bangunan-bangunan kerajaan.

Buku-buku panduan ini menerangkan secara ringkas mengenai prosedur, proses dan syarat-syarat bagi proses kerja yang dilaksanakan di Kementerian Kerja Raya. Tujuan penyediaannya adalah sebagai panduan kepada setiap pelanggan terlibat apabila mereka berurusan dengan pihak kementerian.

Dengan itu, buku ini diharap akan dapat membantu dan memudahkan semua pihak semasa berurusan dengan Kementerian.

- Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Sila klik pada senarai di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.