Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing. Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan.
Perkembangan pesat pembangunan dan sosioekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang.

Sejarah ringkas kepimpinan tertinggi KKR sejak penubuhannya pada 1 April 1951 sehingga kini adalah seperti berikut
|
PORTFOLIO KERJA RAYA DAN PERUMAHAN (1.4.51-31.10.53) AHLI : Y.B. Tuan R.B. Carey SETIAUSAHA : Tuan W.F.G. La Bailly |
|
|
|
PORTFOLIO KERJA RAYA (1.11.53-8.8.55) AHLI : Y.B. Tuan R.B. Carey SETIAUSAHA : Tuan W.F.G. La Bailly |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA (9.8.55-1.4.56) MENTERI : Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir SETIAUSAHA : Tuan W.F. Grive |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA, POS DAN TELEKOM (2.4.56-31.12.71) MENTERI : Y.B. Tun V.T.Sambathan (18.11.1959-31.12.1971) SETIAUSAHA/SETIAUSAHA TETAP : Tuan W.F. Grive (9.8.1955-22.11.1960) Encik Jaafar bin Mohamed Taha (23.11.1960-30.6.1967) Encik Abduk Aziz bin Zakaria (1.7.1967-28.11.1968) Encik Alias bin Yasin (29.11.1968-30.9.1971) |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN TENAGA (1.1.72-4.3.74) MENTERI : Y.B. Dato'. Haji Abdul Ghani Gilong SETIAUSAHA TETAP : Encik Abdul Ghani bin Mohd Don (7.1972-29.9.1974) |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN PENGANGKUTAN (5.9.74-4.3.76) MENTERI : Y.B. Dato'. Haji Abdul Ghani Gilong SETIAUSAHA TETAP : Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd Ali (30.9.1974-12.9.1976) |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA & KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM (5.3.76-7.6.83) MENTERI : Y.B. Dato'. Haji Abdul Ghani Gilong (5.9.1974-27.7.1978) Y.B. Dato' Lee San Choon (28.7.1978-15.9. 1980) Y.B Dato' S. Samy Vellu (16.9.1980-14.6.1989) SETIAUSAHA TETAP/KETUA SETIAUSAHA : Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd Ali (30.9.1974-12.9.1976) Encik Mohd. Khalil bin Haji Hussein (13.9.1976-31.7.1979) Y. Bhg. Tan Sri Rama Iyer (1.8.1979-1.3.1981) Y. Bhg. Dato' Mohd Noor bin Hassan (2.3.1981-15.6.1984) |
|
|
|
KEMENTERIAN KERJA RAYA (8.6.83-sekarang) MENTERI : Y.B Dato' S. Samy Vellu (16.9.1980-14.6.1989) Y.B. Dato' Leo Moggie Anak Irok (15.6.1989-8.5.1995) Y.B. Dato' S. Samy Vellu (9.5.1995-15.3.2008) Y.B. Dato' Ir. Mohd Zin b. Mohamed (20.3.2008- 9.4.2009) Y.B. Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor (10.4.2009- 15.5.2013) Y.B. Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof (16.5.2013 - sekarang)
KETUA SETIAUSAHA : Y. Bhg. Dato' Mohd Noor bin Hassan (2.3.1981-15.6.1984) Y.Bhg. Dato' Abdul Aziz bin Hussain (16.6.1984-3.09.1987) Y. Bhg. Dato' Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh (1.11.1987-11.5.1990) Y.Bhg Datuk Haji Mohd Khalil b. Datuk Hj Mohd Noor ( 12.5.1990-30.6.1994) Y.Bhg. Datuk Yahya b. Yaacob ( 1.7.1994-11.1.1999) Y.Bhg Datuk Dr. Hadenan bin Abd.Jalil ( 12.1.1999-13.3.2000) Y.Bhg Dato' Megat Muhaiyuddin bin Megat Hassan ( 1.4.2000-3.4.2003) Y.Bhg Dato' Izzuddin bin Dali ( 1.5.2003-1.8.2004) Y.Bhg Dato' Ahmad Dhaman Huri bin Mohd Ali ( 2.8.2004 -20.6.2005) Y. Bhg. Dato' Syed Jamal bin Syed Jaafar ( 21.6.2005-26.1.2008) Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Munit bin Kasmin (27.1.2008-21.4.2009) Y.Bhg. Datuk Thomas George (22.4.2009 - 23.10.2011) Y.Bhg. Datuk Himmat Singh (24.10.2011 - sekarang) |



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 24/05/2013 - 1:03pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.