Profil

  

MOTO
"KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT"
VISI
Menjadi organisasi peneraju dalam pembangunan infrastruktur dan memacu industri pembinaan negara yang lebih kompetitif di pasaran global.
MISI
  • Memastikan pembangunan infrastruktur dirancang, dilaksana dan disenggara dengan cekap dan berkualiti tinggi.
  • Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara dan perkhidmatan profesional yang berdaya saing di pasaran global.
  • Memastikan pembangunan kapasiti dan keupayaan kontraktor, profesional dan tenaga kerja sektor pembinaan dilaksanakan selaras dengan dasar negara.
OBJEKTIF
  • Menyediakan rangkaian Jalan Persekutuan yang boleh menjana ekonomi negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • Memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut masa, kos dan spesifikasi yang ditetapkan serta berkualiti tinggi.
  • Menyediakan persekitaran industri pembinaan dan perkhidmatan professional yang kondusif supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
  • Membangun dan memantapkan usahawan-usahawan dalam industri pembinaan.
DASAR KORPORAT
Ke arah kecemerlangan pembangunan dan penyelenggaraan jalan persekutuan
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Kementerian Kerja Raya komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menjamin kepuasan pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas teras dengan:

  • Memastikan kualiti kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan dan Bangunan Gunasama Persekutuan dilaksanakan mengikut perjanjian konsesi yang telah dipersetujui.
  • Memastikan peruntukan pembangunan tahunan dibelanjakan melebihi 96% dan mengikut tempoh, standard, spesifikasi dan kos yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.   
  • Memproses dan meluluskan permohonan pelbagai pendaftaran kontraktor dalam tempoh yang ditetapkan daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menerbitkan ‘Road Traffic Volume Malaysia’ sebelum 30 Jun setiap tahun.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) setahun sekali.
DASAR KUALITI

KEMENTERIAN KERJA RAYA adalah komited untuk membina dan menyelenggara rangkaian jalan raya negara dengan cekap dan berkesan bagi mewujudkan keselesaan pengguna dan seterusnya menjana pembangunan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, KKR akan:

  • Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang diwujudkan selaras dengan keperluan-keperluan MS ISO 9001:2000
  • Mengenalpasti kelemahan dalam organisasi dan melaksanakan penambahbaikan berterusan SPK yang melibatkan penyertaan penuh kakitangan dan membolehkan kecekapan tugas melalui penggunaan ICT.
  • Memastikan keperluan sumber dan infrastruktur di KKR mencukupi bagi melaksanakan SPK
  • Dasar Kualiti ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan supaya sentiasa sesuai dan berkesan.
NILAI-NILAI TERAS KKR

Organisasi KKR di dokong oleh 2 nilai teras utama dan 3 nilai teras sokongan iaitu:

NILAI TERAS UTAMA

  • Tanggungjawab - Setiap warga KKR perlu memikul kewajiban dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh integriti. Ini merupakan sifat paling asas kerana setiap pegawai dan kakitangan telah diberi tanggungjawab mengikut bidang tugas masing-masing.
  • Akauntabiliti - Setiap warga KKR bukan sahaja bertanggungjawab, malah perlu ada akauntabiliti dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Setiap warga KKR perlu bersedia mengambil risiko, memberikan penjelasan, menyediakan justifikasi terhadap apa-apa jua tindakan yang telah diambil.

NILAI TERAS SOKONGAN

  • Efisien - Setiap warga KKR perlu menjalankan tugas dengan cekap bagi mengurangkan pembaziran di dalam sumber kewangan, peralatan, masa dan modal insan.
  • Efektif - Setiap warga KKR perlu memastikan setiap tugasan menepati output yang telah dirancang dengan berkesan dan dapat memberi impak kepada kumpulan sasar.
  • Ekonomis - Setiap warga KKR perlu menjalankan tugas dengan sumber yang terhad dan semakin berkurangan tanpa menjejaskan kualiti dan standard.

 

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 

Apakah pendapat anda mengenai laman Portal KKR yang baru?

Sangat Menarik
44% (64 undian)
Menarik
32% (47 undian)
Kurang Menarik
24% (36 undian)
Jumlah undian: 147

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Wed, 22/05/2013 - 4:47pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 3,726,073
  • Jumlah Pelawat: 22,072
  • Hit Hari Ini: 11878
  • Hit Minggu Ini: 282090
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)