PROGRAM TEAM BUILDING BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT KKR

Tarikh dan Waktu Acara: 
Saturday, 28 March 2009 - 12:00am
Sumber: 
Bahagian Perancangan Korporat

Bahagian Perancangan Korporat (BPK) telah mengadakan "Program Team Building" pada 28 Mac 2009 bertempat di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat, Selangor. Program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan di kalangan warga BPK untuk sama-sama peka dan komited ke atas tanggungjawab dan kerjasama ke arah memastikan perkhidmatan teras utama Kementerian terutama Jalan Persekutuan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Pelbagai aktiviti berbentuk team building diadakan seperti ceramah, acara sukaneka, flying fox dan aktiviti berakit secara berkumpulan. Semua aktiviti ini memberi peluang kepada semua warga BPK lebih saling mengenali, beramah mesra antara satu sama lain dan membolehkan mereka bekerjasama sebagai satu pasukan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Abdul Munit Bin Kasmin, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua warga KKR khususnya warga BPK sentiasa sedar akan tanggungjawab yang diamanahkan dan menunaikannya sebaik mungkin bagi memastikan Jalan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan setiap orang harus lebih menyayangi Jalan Persekutuan. Majlis penutup diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dan diikuti dengan sesi bergambar bersama Dato' Sri KSU.

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 
UNDIAN
Cadangan kerajaan memberhentikan pemberian subsidi minyak dan harga minyak yang diletakkan adalah mengikut harga pasaran. Jika kenaikan harga minyak melebihi kadar yang sepatutnya, kerajaan akan memberikan bantuan [...]

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Thu, 18/12/2014 - 4:43pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 15,299,384
  • Jumlah pelawat: 891,897
  • Hit Minggu Ini: 14,527
  • Hit Bulan ini: 397,592
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)