Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

PANDUAN BAGI MEWARTAKAN UNDANG-UNDANG

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Pengenalan: 


  • Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKR adalah bertanggungjawab bagi mewartakan sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat oleh pihak Kementerian Kerja Raya atau agensi-agensi di bawah Kementerian.

  • Setiap perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat tersebut tidak boleh dikuat kuasakan selagi ianya belum diwartakan.

 
Objektif: 

Tujuan risalah ini disediakan adalah sebagai panduan bagi menerangkan mengenai cara-cara dan proses yang perlu dibuat oleh pihak Kementerian atau agensi-agensi di bawah Kementerian apabila hendak mewartakan sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan.

Pertanyaan: 

Sebarang pertanyaan / penjelasan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kementerian Kerja Raya
Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 KUALA LUMPUR.

Telefon: 03-27714600         Faks:     03-27119863

AttachmentSize
Image icon Proses Kerja103.37 KB
Bahasa Malaysia
Required documents: 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi memastikan proses pewartaan dapat dibuat dengan mudah dan segera, setiap surat permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang hendaklah mengandungi:-

(i) latar belakang lengkap permohonan;

(ii) tujuan pewartaan dibuat;

(iii) Setiap draf pewartaan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dalam 3 salinan bersama-sama dengan:-

(a) soft copy yang mengandungi format draf tersebut untuk memudahkan proses penyemakan

(b) Semua surat/dokumen sokongan yang berkaitan

(c) Cabutan minit mesyuarat (jika ada) yang berhubung dengan isu  tersebut

(iv) Dokumen-dokumen hendaklah dikemukakan dengan lengkap dan disahkan.

 

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources