PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTRAKTOR (SKWAK)

Pengenalan: 

Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) diwujudkan bertujuan bagi membantu para kontraktor bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan (take off) sesuatu projek agar terus meningkat maju.

Skim (SKWAK) ini diurus dan dikawal oleh Bahagian Pembangunan Bumiputera (BPB), Kementerian Kerja Raya. Jumlah pinjaman diberikan dari masa ke semasa oleh BPB kepada usahawan yang memerlukannya.

 

Objektif: 

Risalah ini disediakan sebagai panduan kepada para usahawan bumiputera bagi membuat permohonan pinjaman wang dari tabung SKWAK ini untuk memulakan projek masing-masing.

Pertanyaan: 

IBU PEJABAT BPB:

Bahagian Pembangunan Bumiputera
Tingkat 7, Blok B
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur.

Telepon No: 03-27714701/4744

Fax No: 03-27114442

Bahasa Malaysia
Required documents: 

TATACARA PERMOHONAN

  1. Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan melalui BPB Negeri atau Ibu Pejabat.
  2. Dokumen/maklumat penting yang perlu disertakan adalah seperti berikut:-
  • Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan;
  • Ringkasan Tender;
  • Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urusniaga jenis Sdn. Bhd.);
  • Borang D;
  • Surat Pendaftaran Kontraktor (PKK dan CIDB);
  • Carta Organisasi syarikat yang menunjukkan kakitangan teknikal.
  • Surat Pengiktirafan sebagai Kontraktor Bumiputera (PKK);
  • Penyata Bulanan Akaun Bank bagi 3 bulan terakhir;
  • Lembaran Akaun Tahunan yang terkini di Audit dan disahkan oleh Pendaftaran Syarikat; dan
  • Membuat akaun sumpah di hadapan Persuruhjaya Sumpah/Hakim Mahkamah Sesysen tidak menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.

 

Additional Information: 

KELAYAKAN KONTRAKTOR

  1. Kontraktor-kontraktor (Kontraktor Induk atau Subkontraktor Dinamakan) yang berdaftar didalam kelas 'F' hingga 'C' atau kelas 'I' hingga 'VI', dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dan gred G1, hingga G5 dengan LembagaPembangunan Industeri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau bagi projek-projek tidak melebihi RM5 juta.
  2. Masih diiktiraf sebagai bertaraf Bumiputera oleh PKK.
  3. Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  4. Menerima Surat Setuju Terima Tender dari Jabatan Kerja Raya bagi kontrak kerja Persekutuan sahaja.
  5. Harga tender adalah 'viable' atau menguntungkan.
  6. Mempunyi rekod kerja yang baik dan memuaskan serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.
  7. Kontraktor yang telah mendapat Wang Pendahuluan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/95 atau yang mendapat pinjaman dari bank atau institusikewangan dengan mencagarkan kontrak kerja yang diperolehi, tidak layak mendapat pinjaman dibawah skim ini.
  8. Bagi Subkontraktor Dinamakan (NSC), nilai subkontrak hendaklah melebihi RM100,000.00 dan tempoh kontrak tidak kurang 20 minggu.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

  1. Jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan 'merit' tiap-tiap satu kes tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak 15% nilai kerja pembina.
  2. Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  3. Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa
  4. Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
  5. Peminjam hendaklah melaporkan mengenai kemajuan projek yang dibiayai dibawah skim ini setiap 2 minggu sekali mengikut format yang ditetapkan.
  6. Pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa faedah.

BAYARAN BALIK

  1. Bayaran balik pinjaman akan dibuat melalui potongan dari bayaran interim/kemajuan projek apabila kemajuan FIZIKAL melebihi 25% dan selesai apabila mencapai 75%.
  2. Kaedah potongan berasaskan formula dibawah:-
    D = 200 x (A/B)% x P

di mana

D- ialah jumlah potongan pembayaran balik pinjaman.
A- ialah jumlah wang pendahuluan/pinjaman yang diterima oleh kontraktor
B- ialah jumlah Nilai Kerja Pembina (Builder's Woks)
P- ialah jumlah kerja pembina yang diperakukan dalam sijil Bayaran Interim pada bulan tersebut (termasuk nilai yang diperakukan bagi bahan-bahan ditapak bina yang melebihi 25% daripada nilai B)

 

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 

Kecuaian Manusia adalah faktor utama kemalangan jalan raya berbanding faktor kejuruteraan jalan?

Setuju
79% (993 undian)
Tidak Bersetuju
21% (269 undian)
Jumlah undian: 1262

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 21/11/2014 - 7:13pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 14,743,647
  • Jumlah pelawat: 794,030
  • Hit Minggu Ini: 21,402
  • Hit Bulan ini: 412,136
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)