Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

PANDUAN TEMPAHAN DEWAN/BILIK-BILIK MESYUARAT DI KEMENTERIAN KERJA RAYA

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Pengenalan: 

Cawangan Pengurusan Pentadbiran, KKR adalah bertanggungjawab bagi mengurus penggunaan dewan dan bilik-bilik mesyuarat di KKR.

Dewan dan bilik-bilik mesyuarat tersebut adalah:-

(a) Dewan Besar di Blok C
(b) Bilik Gerakan di Tingkat 6 Blok A KKR
(c) Bilik Mesyuarat KSU, Tingkat 5, Blok A
(d) Bilik Mesyuarat Menteri Tingkat 5, Blok A

Objektif: 

Tujuan panduan ini disediakan adalah sebagai panduan kepada pejabat-pejabat dalam KKR dan agensi-agensi dibawahnya serta lain-lain pejabat Kerajaan untuk menempah penggunaan dewan / bilik-bilik mesyuarat ini.

Pertanyaan: 

Sebarang pertanyaan / penjelasan hendaklah dikemukakan kepada:-

Alamat:

Cawangan Pengurusan Pentadbiran
Kementerian Kerja Raya
Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 KUALA LUMPUR.

Telefon: 03-27714125 / 4128         Faks: 03-27116612

 

AttachmentSize
Image icon Proses Kerja57.42 KB
Image icon Carta Aliran Kerja29.12 KB
Bahasa Malaysia
Additional Information: 


Kelayakan bagi menempah dewan/bilik mesyuarat adalah seperti berikut:-
1. Dewan Besar Blok C
1.1 Kelayakan
Semua pejabat dalam KKR. agensi-agensi di bawahnya dan lain-lain jabatan. Keutamaan kepada pejabat-pejabat dalam KKR
1.2 Kadar Sewaan
Kadar sewaan adalah RM270.00 sejam. Jumlah ini tidak termasuk bayaran perkhidmatan tenaga pekerja. Kadar ini hanya dikenakan kepada agensi-agensi Kerajaan lain.
 
1.3 Tempoh Permohonan
Dikemukakan dalam tempoh satu minggu daripada tarikh penggunaannya
 
2. Tempahan Bilik-bilik Mesyuarat
2.1 Kelayakan: Semua pejabat dalam KKR.
2.2 Tempoh : Dikemukakan dalam tempoh satu hari sebelum tarikh penggunaanya.
(Nota : Keutamaannya penggunaan dewan/bilik mesyuarat diberikan kepada pejabat-pejabat dalam KKR dan agensi-agensi di bawahnya.)
 
3. Tempahan Bilik Mesyuarat Menteri
3.1 Kelayakan : Pengurusan Atasan KKR.
3.2 Tempoh : Mengikut keperluan Pengurusan Atasan.
 
4. Tempahan Bilik Mesyuarat KSU
4.1 Kelayakan : 
KSU dan TKSU serta Pegawai-Pegawai Atasan yang setaraf.
 
4.2 Tempoh :
Dikemukakan dalam tempoh satu hingga tiga hari atau mengikut keperluan 

 

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources