Panduan ini disediakan untuk menjelaskan proses pengisytiharan harta pegawai perkhidmatan awam Malaysia (Pegawai Awam Persekutuan) yang berada dalam semua gred dan kumpulan sokongan yang berkhidmat di KKR / JKR dan agensi-agensi di bawahnya.
Tujuan ianya disediakan adalah sebagai panduan kepada kakitangan dalam Kementerian untuk membuat pengisytiharan harta masing-masing mengikut yang ditetapkan oleh peraturan.
Sebarang penjelasan / pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada:-
Alamat:
Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Kerja Raya
Tingkat 14, Blok B, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 KUALA LUMPUR.
Telefon: 03-27714907 Faks: 03-27118346
Attachment | Size |
---|---|
![]() | 60.05 KB |
![]() | 37.7 KB |
PANDUAN PENGISYTIHARAN HARTA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1. RUJUKAN PERATURAN PENGISYTIHARAN HARTA
- Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
- Pekeliling Bil 8 Tahun 1995; dan
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 1999
2. BILA PERLU MENGISYTIHARKAN HARTA
- Apabila dilantik kedalam perkhidmatan awam
- Apabila dikehendaki oleh Kerajaan
- Apabila memperolehi apa-apa harta tambahan; dan
- Apabila melupuskan harta-harta yang telah diisytiharkan
3. KEKERAPAN MENGISYTIHARKAN HARTA
- Ketua Jabatan - Mula-mula memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dan setiap 3 bulan sekali
- Pegawai/Anggota Biasa - Sekali setiap 5 tahun
- Tiada perubahan - Isi Lampiran 'A', Surat Pek. Perk.Bil 2 Tahun 1999
- Tambahan Harta - Isi borang JPA (T) 1/99
- Pelupusan Harta - Isi borang JPA (T) 2/99
4. JENIS-JENIS BORANG PENGISYTIHARAN HARTA
- Borang JPA (T) 1/95 - Kali Pertama
- Borang JPA (T) 1/99 - Harta Tambahan
- Borang JPA (T) 2/99 - Pelupusan Harta
- 32685 bacaan