Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Unit Audit Dalam

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Kategori Bahagian: 
Pejabat Ketua Setiausaha
Visi: 

Penyumbang Utama Ke Arah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan, Akauntabiliti Dan Integriti Kementerian Kerja Raya Malaysia

Misi: 

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan berkualiti untuk memastikan Kementerian terus menjadi peneraju di dalam industri pembinaan dan pembangunan infrastruktur.

Objektif: 
  • Objektif UAD adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin; untuk menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan pengurusan kewangan serta tadbir urus.
  • Menentukan program dan aktiviti Kementerian dan Jabatan di bawahnya diuruskan dengan berhemah, cekap serta berkesan.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 
  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan harta awam lain dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem teknologi maklumat;
  • Melaporkan kepada KSU Kementerian hasilpengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan; KAD bertindak sebagai Setiausaha JKA selaras dengan 1PP PS 3.2;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan KSU Kementerian dan dikemukakan kepada Bahagian Strategik Komunikasi Korporat, Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Piagam Pelanggan: 

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:

  • Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan dalam masa 2 bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan; dan
  • Menjalankan Pengauditan Prestasi Projek dan Pengauditan ICT dalam masa 3 bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan.
Alamat: 

Pejabat Unit Audit Dalam
Tingkat 9, Blok B,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2771 5108 / 5109
Fax: 03-2711 2724

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources