Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pejabat Penasihat Undang-Undang

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Kategori Bahagian: 
Pejabat Ketua Setiausaha
Visi: 

Memberi perkhidmatan perundangan yang tepat, profesional dan cekap kepada Kementerian, Jabatan Kerja Raya dan agensi-agensi di bawahnya dan sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Misi: 

Beriltizam untuk memberi perkhidmatan nasihat undang-undang yang bermutu, menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengambilkira dasar Kerajaan dan kepentingan awam. Mengendalikan semua tindakan sivil yang dibawa oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia dan perkara-perkara lain yang kami telah dipertanggungjawabkan dengan cekap, tepat dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Objektif: 

Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti, tepat dan profesional yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang lain dalam Negara.

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 
  • Memberi nasihat perundangan secara bertulis atau lisan mengenai undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan lain-lain undang-undang yang berkaitan dengan permasalahan yang dikemukakan.
  • Menggubal, menyemak dan meluluskan draf perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan yang lain
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian/ Jabatan Kerja Raya atau agensi-agensi berkaitan
  • Menyediakan ulasan Jabatan Peguam Negara bagi Memorandum Jemaah Menteri dan membantu Kementerian menyediakan Memorandum Jemaah Menteri.
  • Menggubal, menyemak dan meluluskan rang undang-undang berkaitan undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Menjadi urusetia mesyuarat bagi kes/perundangan utama dan perundangan subsidiari yang dirujuk/dikendalikan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang.
  • Menggubal, menyemak dan meluluskan perundangan subsidiari berkaitan undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Menjalankan kes-kes Guaman Sivil bagi pihak Kerajaan Malaysia yang melibatkan Kementerian Kerja Raya serta jabatan / agensi di bawahnya.
  • Menyediakan dokumen pliding seperti writ saman, penyataan tuntutan, penyataan pembelaan, afidavit, saman dalam kamar serta melaksanakan perintah-perintah mahkamah.
Piagam Pelanggan: 
  • Mengambil tindakan undang-undang bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk menuntut ganti rugi terhadap kontraktor/penghuni kuarters/penyewa kantin/peminjam komputer dan kenderaan dalam tempoh masa had masa di bawah Akta Had Masa 1953.
  • Memberi nasihat dan pandangan diberikan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh terima atau tempoh yang dipersetujui oleh pelanggan sekiranya dokumen-dokumen/fakta yang lengkap diberikan.
  • Menyemak dan menggubal kontrak/perjanjian/memorandum persefahaman dan pelbagai dokumen perundangan yang lain dalam tempoh 3 minggu daripada tarikh terima atau tempoh yang dipersetujui oleh pelanggan sekiranya dokumen-dokumen/fakta yang lengkap diberikan.
  • Menyemak dan menggubal undang-undang utama (Akta baru atau pindaan) untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh 2 bulan atau tempoh yang dipersetujui oleh pelanggan sekiranya isu-isu polisi diselesaikan oleh Kementerian Kerja Raya/agensi-agensi berkaitan.
  • Menyemak dan menggubal perundangan subsidiari (Peraturan-peraturan/Kaedah-kaedah/Perintah/Notis/Pemberitahuan) dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh terima atau tempoh yang dipersetujui oleh pelanggan sekiranya dokumen-dokumen/fakta yang lengkap diberikan.
Alamat: 

Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Tingkat 8, Blok B
Jalan Sultan Salahuddin
50580 KUALA LUMPUR.

No. Tel : 03-2771 5021
No. Faks: 03-2711 9863

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources